awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah mangsa banjir Kelantan melebihi 7,000

Astro Awani
Astro Awani
29/11/2017
02:09 MYT
Jumlah mangsa banjir Kelantan melebihi 7,000
Kelihatan penduduk meredah air banjir apabila kampung mereka dinaiki air apabila hujan lebat berterusan semenjak dua hari lepas di Kampung Hutan Pasir Ketereh. - Foto BERNAMA
Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 7,537 mangsa pagi ini, berbanding 5,016 orang setakat jam 9 malam Selasa.
Sebanyak 103 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di lapan jajahan melibatkan Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai, Machang, Bachok dan Jeli.
Sehingga jam 9.50 pagi ini, Pasir Mas mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 3,076 mangsa daripada 1,186 keluarga yang ditempatkan di 36 PPS.
Ia diikuti Kota Bharu dengan 1,375 mangsa daripada 346 keluarga yang menghuni 15 PPS.
Menurut portal Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas meningkat kepada 10.44 meter pada malam tadi
Hujan kadangkala lebat dilaporkan masih berterusan di beberapa kawasan di Kelantan.
Topic Berkaitan
#banjir
#Kelantan
#Kota Bharu
#mangsa banjir
#Pasir Mas
#PPS
#Pusat Pemindahan Sementara
#Rantau Panjang
#Sungai Golok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan