awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah mangsa banjir Terengganu menurun

Astro Awani
Astro Awani
04/12/2017
01:45 MYT
Jumlah mangsa banjir Terengganu menurun
Sehingga jam 8 pagi tadi, tujuh pusat pemindahan aktif beroperasi di empat daerah bagi menempatkan 189 keluarga. -Gambar fail
Jumlah mangsa banjir di Terengganu mencatat sedikit penurunan dengan 811 mangsa masih berada di pusat pemindahan berbanding 935 pada Ahad.
Sehingga jam 8 pagi tadi, tujuh pusat pemindahan aktif beroperasi di empat daerah bagi menempatkan 189 keluarga.
Menurut info banjir, Jabatan Kebajikan Masyarakat, pusat pemindahan yang masih dihuni mangsa adalah di Marang, Dungun, Setiu dan Kuala Nerus.
Mangsa banjir di Kuala Nerus menurun kepada 707 mangsa dari 163 kelurga apabila pusat pemindahan banjir SK Bukit Guntong ditutup malam Ahad.
Tiga pusat pemindahan yang aktif adalah SK Bukit Nenas, SK Tok Jiring dan SK Kompleks Gong Badak. Manakala di Marang dua pusat pemindahan di SK Bukit Gasing dan SK Pasir Putih masih aktif.
Namun jumlah mangsa berkurangan daripada 52 mangsa dari 15 keluarga kepada 39 mangsa membabitkan 11 keluarga.
Di Dungun seramai 33 mangsa dari lapan keluarga ditempatkan di Dewan Sivik Paka.
Manakala di pusat pemindahan, surau Kampung Nyatoh, Setiu, 32 mangsa dari enam keluarga masih belum dibenarkan pulang.
Topic Berkaitan
#banjir
#banjir terengganu
#Dungun
#Kuala Nerus
#Marang
#pusat pemindahan banjir
#Setiu
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan