awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah pelancong turun tiga peratus pada 2017 berbanding 2016 - TPM Ahmad Zahid

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
20/02/2018
11:00 MYT
Jumlah pelancong turun tiga peratus pada 2017 berbanding 2016 - TPM Ahmad Zahid
Ketibaan pelancong asing ke dalam negara adalah seramai 29,948,459 orang pada tahun 2017. - Gambar fail
Penurunan tiga peratus kedatangan pelancong asing ke negara ini pada tahun lepas berbanding 2016 adalah disebabkan penurunan sebanyak 3.9 peratus pelancong daripada pasaran ASEAN.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun berkata, jumlah kedatangan pelancong dari negara-negara ASEAN ke Malaysia terus mendominasi pasaran dengan 75.1 peratus.
Jelasnya, ketibaan pelancong asing ke dalam negara adalah seramai 29,948,459 orang pada tahun 2017.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pelancongan di sini, hari ini.
BACA: Bajet 2018: Tahun 2020 diumum Tahun Melawat Malaysia
BACA: Malaysia terima limpahan 1.8 juta pelancong Thailand tahun lepas
Mesyuarat berkenaan bertujuan mengkoordinasikan semua kementerian dan agensi bagi pembangunan industri pelancongan negara.
Dalam pada itu, mesyuarat berkenaan antara lain, untuk memaklumkan mengenai Pelaksanaan Kempen Visit Malaysia Year (VMY) 2020 oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
Visit Malaysia 2020, merupakan satu misi nasional dengan melibatkan semua pihak menerusi strategi lautan biru (NBOS) untuk melonjakkan nama Malaysia sebagai Top of Mind Destination dengan sasaran ketibaan pelancong seramai 36 juta orang dan sasaran pendapatan sebanyak RM168 billion.
Tagline VMY 2020 ialah 'Travel. Enjoy. Respect' selari dengan kempen kesedaran yang dijalankan oleh World Tourism Organization (UNWTO).
lndustri pelancongan Malaysia merupakan antara penyumbang utama kepada sektor perkhidmatan negara dengan sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 14.8 peratus atau RM182.4 bilion.
Industri ini juga merupakan penyumbang ketiga terbesar dengan sumbangan bernilai RM73.3 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar.
Di samping itu, guna tenaga industri pelancongan juga telah mencatatkan rekod tertinggi iaitu seramai 3.2 juta orang; iaitu sebanyak 22.7 peratus daripada jumlah guna tenaga keseluruhan pada tahun 2016.
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Asia Tenggara
#KDNK
#pelancong
#VMY2020
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan