Seorang jururawat maut dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di Kilometer 8.1, Lebuhraya Kulim Butterowrth (BKE) pagi ini.
Mangsa, Nur Hidayah Mahmud, 32, yang bertugas di Hospital Seberang Jaya, meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 pagi membabitkan kenderaan jenis Perodua Viva yang dipandu mangsa, Toyota Vios dan dua kenderaan jenis Triton.
Katanya, kemalangan berlaku apabila kereta Vios yang dipandu lelaki berusia 44 tahun datang dari arah Seberang Jaya menuju ke Kulim melanggar bahagian kiri sebuah kenderaan jenis Triton.
"Ekoran perlanggaran itu menyebabkan pemandu kereta Vios hilang kawalan lalu terbabas dan memusing ke arah jalan bertentangan sebelum terbalik ke atas kereta Viva yang dipandu Nur Hidayah.
"Kejadian menyebabkan kereta Viva dipandu Nur Hidayah menggelongsor sejauh 77.8 meter ke hadapan manakala bahagian hadapannya remuk teruk," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.
Nik Ros Azhan berkata, pada masa yang sama, kereta Vios berkenaan turut melanggar sebuah lagi kereta pacuan empat roda Triton yang berada di tempat kejadian.
Nur Hidayah yang yang beralamat di Kampung Selarong, Pengkalan Hulu, Perak disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kemudiannya di hantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk proses bedah siasat, manakala mangsa lain hanya mengalami cedera ringan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Astro Awani
Fri May 25 2018
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
AWANI Borneo [23/04/2024] – Selamat jalan pemimpin negara | Hasil negeri | Mendiang cucu yang bertanggunggjawab
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Jasmine Abu Bakar
#AWANIBorneo 23 April 2024
- Jasad mendiang Tan Sri Joseph Kurup selamat dikebumikan
- Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual hasil lombong di Tawau
- Mendiang Felicia seorang cucu yang bertanggungjawab
#AWANInews
#AWANIBorneo 23 April 2024
- Jasad mendiang Tan Sri Joseph Kurup selamat dikebumikan
- Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual hasil lombong di Tawau
- Mendiang Felicia seorang cucu yang bertanggungjawab
#AWANInews
Awie anggap bayaran rendah untuk artis veteran satu penghinaan
Pengarah filem Rebel itu juga mengajak penggiat seni untuk mengenang kembali perjuangan para artis senior suatu ketika dahulu.
Nahas helikopter Lumut: Joanna seorang penyayang, sentiasa dahulukan keluarga
Sedih dan muram namun reda, itu yang dapat dilihat pada wajah ahli keluarga mendiang Joanna Felicia Rohna sejurus mendapat perkhabaran duka tragedi pemergiannya pada pagi Selasa.
Meta tawarkan sistem operasi yang menguasakan Quest kepada pengeluar lain
Ini sekali gus menjadikan Horizon OS akan menerajui arena set realiti maya, lebih kurang seperti Android yang menguasakan telefon pintar.
Nahas helikopter Lumut: Sepupu suami pelakon Eyra Hazali turut terkorban
Pelakon Eyra Hazali memaklumkan salah seorang mangsa nahas helikopter melibatkan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berlaku di Lumut pagi tadi merupakan ahli keluarganya.
Penggunaan ‘wilayah’ bagi Sarawak bertepatan dengan MA63
Penggunaan wilayah bagi merujuk Sarawak menggantikan negeri adalah bertepatan kerana di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Sarawak diiktiraf sebagai wilayah dan bukannya negeri.
Nahas helikopter Lumut: Salah seorang mangsa anak jati Bukit Kepong
Komander Muhamad Amir Mohamad, Pegawai Memerintah Skuadron 502 TLDM yang berpangkalan di Lumut merupakan anak jati Bukit Kepong.
Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual
Sejumlah 2,300 kilogram (kg) jongkong emas bernilai RM585 juta telah dijual hasil perlombongan emas di Bukit Mantri, Tawau yang mula beroperasi pada 2018.
RM651 juta pampasan dibayar kepada pemilik tanah
Sebanyak RM651 juta jumlah pampasan telah dibayar kepada 1,591 pemilik tanah dan struktur yang terlibat dalam pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah.
Jabatan Perhutanan Sabah kutip hasil RM155.32 juta pada 2023
Jabatan Perhutanan Sabah berjaya mengutip hasil sebanyak RM155.32 juta pada 2023, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu pada Selasa.
Lumba haram: Enam lelaki ditahan di Lebuhraya Butterworth-Kulim
Polis menahan enam lelaki kerana dipercayai berlumba haram dan menyita 30 buah motosikal, dalam operasi samseng jalanan yang dijalankan di Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE).
Pemandu maut MPV rempuh plaza tol
Mangsa yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza meninggal dunia di tempat kejadian.
Gara-gara tak puas hati bunyi hon, lelaki naik angin pecahkan cermin kereta
Setelah cermin keretanya dipecahkan, mangsa bertindak dengan terus memandu kenderaannya ke balai polis.
Kadar tol PLUS lebih murah mulai tengah malam ini
Bermula tengah malam ini, jutaan pengguna di semua lebuh raya Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) akan menikmati pengurangan kadar tol sebanyak 18 peratus bagi penggunaan kenderaan persendirian.
Lori ais rempuh tembok tol, seorang maut
Seorang lelaki maut manakala penumpangnya cedera ringan selepas lori ais yang dinaiki mereka melanggar tembok Tol Lunas Lebuhraya Butterworth-Kulim
Visa bekerjasama dengan PLUS permudahkan bayaran tol
Berkongsi kepakaran teknologi, Visa akan menawarkan satu sistem pembayaran terbuka di Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) dan Plaza Tol Jitra mulai 15 Dis 2018.
Gara-gara jaket dan rantai motosikal, anak maut, bapa cedera
Jaket yang dipakai mangsa terbelit pada rantai motosikal dan menyebabkannya terjatuh dan meninggal dunia ditempat kejadian.
4 anggota 'Geng Tebuk' warga Vietnam ditembak mati
'Geng Tebuk', yang menjadi buruan polis, terlibat dengan kegiatan pecah masuk gudang dan pasar raya untuk menebuk peti simpanan wang.
Jururawat maut kereta dirempuh
Seorang jururawat maut dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di Kilometer 8.1, Lebuhraya Kulim Butterowrth (BKE) pagi ini.
Pekerja lebuh raya maut dilanggar
Mangsa dikatakan tidak meletakkan sebarang tanda amaran sebagai langkah keselamatan ketika menjalankan kerja penyelenggaraan.