Menyedari potensi dalam bidang penternakan yang semakin berkembang, seorang juruteknik di sebuah hospital di sini, memilih menjadi penggembala kambing sebagai pekerjaan sampingan menambah pendapatan.
Biarpun ada segelintir yang memberi persepsi negatif dan memandang rendah terhadap kerja penternakan yang tidak glamor, namun Mohd Sufian Aziz, 34, tidak kecil hati dan meneruskan usahanya sehingga kini berjaya memiliki 20 ekor kambing.
Beliau berkata minatnya terhadap bidang penternakan bermula apabila bapanya, Aziz Malek, 50, seorang penternak lembu, mengajaknya untuk membantu.
"Saya bermula dengan bermodalkan wang simpanan sendiri sekitar RM5,000 untuk membina kandang dan membeli tiga ekor kambing dua tahun lepas bagi memulakan perniagaan ini.
"Namun kini, Alhamdulillah saya sudah memiliki 20 ekor kambing baka Boer dan sentiasa mendapat permintaan penduduk kampung termasuk untuk dijadikan akikah yang dijual sekitar harga RM600 hingga RM800," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kandang kambingnya di Kampung Baung, Pengkalan Chepa di sini, pada Jumaat.
Mohd Sufian, yang berkelulusan dalam bidang pendingin hawa Institut Kemahiran Mara (IKM) Sik, Kedah, berkata bidang penternakan mampu memberi pulangan lumayan sekiranya ia dilakukan dengan tekun dan menggunakan ilmu yang betul.
"Saya banyak menimba ilmu penternakan kambing ini dengan menyertai kumpulan 'Kelab Penternak Anak Kelate' di laman sosial Facebook.
"Masalah kesihatan kambing dapat diatasi menggunakan perkongsian ilmu ahli-ahli kelab yang berkongsi cara mengatasi demam, kurang selera dan sebagainya," katanya yang telah memperoleh keuntungan sebanyak RM8,000 hasil jualan 10 ekor kambing setakat ini.
Bapa kepada dua anak itu berkata, bagi mengelakkan ternakan dijangkiti penyakit yang boleh menyebabkan kematian termasuk penyakit kuku dan mulut, dia mendapatkan khidmat suntikan daripada pihak veterinar sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan sekali.
"Namun, sejak tahun lepas saya mula mempelajari ilmu suntikan dengan pihak veterinar dan kini saya hanya menyuntik sendiri haiwan ternakan dengan mendapatkan bekalan vitamin daripada veterinar yang dijual pada harga RM60 untuk kegunaan 10 hingga 15 ekor kambing.
"Untuk makanan, selain memberi dedak sebanyak sekilo sehingga dua kilogram setiap hari, saya juga akan memberi seguni rumput sebagai makanan harian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 14 2020
Mohd Sufian kini memiliki sebanyak 20 ekor kambing dari Baka Boer dan juga kambing kampung. -- fotoBERNAMA
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Juruteknik hospital jadi penggembala kambing berjaya
Biarpun ada yang memberi persepsi negatif terhadap kerja penternakan yang tidak glamor, namun Mohd Sufian Aziz, 34, tidak berkecil hati.