awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bomba Negeri Sembilan terima 219 panggilan kes pembakaran terbuka sepanjang Januari 2026
FIFA: Kelab Inggeris terajui perbelanjaan perpindahan antarabangsa januari
Anugerah MAM 2025: Hafizh Syahrin dinobat Pelumba Antarabangsa Terbaik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kabinet perlu tahu setiap butir perkara mengenai 1MDB - Shafie

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Syah Hairizal Kamalul Arifin
28/05/2015
12:03 MYT
Kabinet perlu tahu setiap butir perkara mengenai 1MDB - Shafie
Datuk Seri Shafie Apdal berkata isu 1MDB akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet yang dijangka diadakan pada Jumaat.
Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal berkata isu 1 Malaysia Development Berhad 1MDB akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet yang dijangka diadakan pada Jumaat.
Katanya semua anggota kabinet perlu diberi penjelasan dan perincian berhubung perkara itu selain isu tersebut turut perlu dijelaskan kepada umum.
“Kami memang membincangkan hal dan bertanyakan soalan (mengenai 1MDB) di Kabinet kerana itu sebahagian daripada tanggungjawab.
Kami perlu tahu apakah penjelasan untuk seterusnya disampaikan kepada umum serta tindakan yang akan diambil untuk menyelesaikan isu tersebut,” ujar beliau.
Shafie juga berkata anggota Kabinet tidak mempunyai sebarang halangan untuk bertanyakan soalan mengenai isu 1MDB kerana sistem yang ada sekarang adalah bersifat terbuka.
"Tidak semestinya jika penjelasan penuh belum dibuat (kepada umum) itu bermakna kami tidak bertanggungjawab sebagai anggota Kabinet. Kami bertanggungjawab, kerana itu kami bertanya," tegas beliau.
Tambahnya buat masa ini siasatan ke atas isu 1MDB masih dijalankan antara Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara PAC bersama Jabatan Akauntan Negara dan berharap perkara tersebut dapat dilakukan dengan segera.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Shafie Apdal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan