awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Man United sasar bintang Nottingham Forest sebagai pengganti Harry Maguire
Bruno Fernandes kekal setia di Manchester United, tiada rancangan berpindah Januari Ini
Dari penolakan dan kemurungan: Janji kepada ibu, perjalanan luar biasa Igor Thiago ke Liga Perdana
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kabinet putuskan Program Subsidi Petrol tidak diteruskan buat masa ini

Astro Awani
Astro Awani
30/12/2019
06:47 MYT
Kabinet putuskan Program Subsidi Petrol tidak diteruskan buat masa ini
Keputusan yang dibuat pada 18 Disember lalu adalah bagi memberi ruang penerangan dan penjelasan kepada rakyat. - Gambar fail BERNAMA
Kabinet memutuskan supaya pelaksanaan Program Subsidi Petrol (PSP) tidak diteruskan sehingga ditentukan kelak.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan yang dibuat pada 18 Disember lalu itu bagi memberi ruang penerangan dan penjelasan kepada rakyat.
"Sesi penerangan dan penjelasan diteruskan dengan tujuan memberi kefahaman dan mempersiapkan rakyat menerima pelaksanaan program PSP ini.
"Ia termasuk memberi ruang untuk proses pendaftaran penerima daripada kelompok M40 yang akan dikendalikan oleh Kementerian Kewangan," kata beliau dalam kenyataan pada Isnin.
Jelas kenyataan itu lagi, sementara menunggu pengesahan pelaksanaan PSP diumumkan, rakyat akan terus menikmati harga petrol berdasarkan sistem sedia ada.
Kabinet memutuskan supaya pelaksanaan Program Subsidi Petrol (PSP) tidak diteruskan sehingga satu masa diumumkan kemudian. - Foto KPDNHEP
Kabinet memutuskan supaya pelaksanaan Program Subsidi Petrol (PSP) tidak diteruskan sehingga satu masa diumumkan kemudian. - Foto KPDNHEP
Kerajaan pada 7 Oktober lalu telah mengumumkan pelaksanaan PSP bermula Januari 2020 seiring manifesto Pakatan Harapan.
Sejumlah RM2.4 bilion diperuntukkan Kerajaan bagi pelaksanaan PSP menerusi Belanjawan 2020 dengan jumlah penerima manfaat seramai lapan juta orang daripada kelompok B40 dan M40.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
#Program Subsidi Petrol
#PSP tangguh
#subsidi minyak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan