Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 1 November lalu bersetuju supaya syarikat perniagaan pengantaraan yang menyediakan khidmat kenderaan perkhidmatan awam dan kenderaan barangan menggunakan motosikal (bike-hailing) dikawal selia.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, perkhidmatan tersebut akan dikawal melalui kaedah atau peraturan pelesenan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.
Jelasnya, perkhidmatan bike-hailing tersebut akan dikenakan syarat-syarat yang setara seperti mana telah ditetapkan ke atas perkhidmatan e-hailing iaitu merangkumi syarat-syarat ke atas syarikat perniagaan pengantaraan, pemandu, pengoperasian perkhidmatan dan kenderaan.
“Tujuan utama kerajaan membenarkan perkhidmatan bike-hailing ini adalah sebagai satu kaedah untuk meningkatkan tahap liputan perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini.
“Perkhidmatan bike-hailing ini akan menjadi salah satu komponen penting dalam usaha kerajaan menyediakan satu sistem pengangkutan awam yang menyeluruh kerana ia akan menjadi satu perkhidmatan penghubung dalam fasa first and last mile connectivity.
“Sebagaimana umum sedia maklum, fasa ini adalah amat penting untuk menarik minat orang ramai menggunakan pengangkutan awam bagi melengkapkan aktiviti harian mereka,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Nik Nazmi Nik Ahmad (PH-Setiawangsa) yang bertanya bilakah projek perintis perkhidmatan "ride hailing" motosikal seperti Dego Ride dan Gojek akan dimulakan.
Beliau juga mahu tahu sama ada kerangka perundangan berkenaan telah siap dirangka.
Tambah Loke, bagi mengawal selia perkhidmatan tersebut, Kementerian Pengangkutan ketika ini dalam proses membangunkan rangka perundangan dan syarat-syarat perkhidmatan bike-hailing.
“Memandangkan proses pindaan undang-undang akan mengambil masa kerana termasuk memerlukan pembentangan dan kelulusan di Parlimen, kerajaan telah bersetuju supaya syarikat perniagaan pengantaraan yang berminat menyediakan perkhidmatan bike-hailing ini dibenarkan melaksanakan proses rintis atau Proof of Concept (POC).
"Di sepanjang tempoh POC ini, pihak syarikat perniagaan pengantaraan boleh membuat persiapan dan pengujian pelaksanaan perkhidmatan bike-hailing.
"POC ini juga akan turut membolehkan pihak kerajaan dan syarikat perniagaan pengantaraan untuk mengumpul data, menilai tahap permintaan, menilai tahap penerimaan dan lain-lain keperluan operasi berhubung perkhidmatan bike-hailing ini.
“Bagi tujuan keselamatan dan penyeragaman, Kementerian Pengangkutan akan menetapkan beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh syarikat pengendali dalam melaksanakan proses POC ini,” ujar Loke.
Jelasnya, POC tersebut akan bermula mulai Januari 2020 dengan tempoh yang ditetapkan selama enam bulan.
Malah, katanya, Agensi Pengangkutan Awam Darat dan Jabatan Pengangkutan Jalan sedang memperincikan semua peraturan dan tatacara serta semua persiapan di peringkat pentadbiran berkaitan pelaksanaan POC ini.
Syarat Pelaksanaan Proses Rintis (POC) Bike-Hailing:
(i) Lokasi hanya di Lembah Klang; kawasan lain dipertimbang jika ada permohonan;
(ii) Pemandu hendaklah mempunyai lesen memandu penuh dan berumur tidak kurang 18 tahun;
(iii) Hanya satu penumpang dibenarkan dibawa pada satu-satu masa, umur penumpang tidak kurang 18 tahun;
(iv) Hendaklah menggunakan tanda pakaian dan tanda di motosikal yang jelas; dan
(v) Hendaklah mematuhi semua peraturan jalan raya sepenuhnya.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Nov 05 2019
Proses rintis perkhidmatan bike-hailing akan bermula mulai Januari 2020 dengan tempoh yang ditetapkan selama enam bulan. - Gambar hiasan
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Semakan Akta Pengangkutan Jalan akan dibuat dari semasa ke semasa - Loke
Kementerian Pengangkutan akan melakukan semakan semula hukuman denda terhadap pemandu bawah umur seperti yang termaktub di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Undang-undang sedia ada sudah cukup tegas - Anthony Loke
Penguatkuasaan sememangnya berjalan sepanjang masa, malah ada yang telah pun diambil tindakan sehingga diheret ke mahkamah.
11 penunggang motosikal ditahan di Ipoh
Sebelas penunggang motosikal ditahan atas pelbagai kesalahan menerusi Op Bersepadu Samseng Jalanan di Jalan Jelapang hari ini.
Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan dipinda untuk tangani isu lumba haram, mat rempit
Cadangan pindaan hukuman ialah menaikkan kadar saman minimum, penjara terhadap mat rempit yang menyebabkan kematian kepada pengguna jalan raya lain.
JPJ rancang tindakan bersepadu tingkat intensiti penguatkuasaan pemeriksaan kenderaan perdagangan
Ia bagi mengurangkan peningkatan risiko kemalangan terutama melibatkan kenderaan perdagangan.
Lori 10 tan rempuh 11 kereta di persimpangan lampu isyarat di Nilai
Sebuah lori 10 tan membawa muatan kertas gulung seberat kira-kira lapan tan merempuh 11 kereta yang berhenti di persimpangan lampu isyarat Jalan Persiaran Pusat Bandar dekat sini petang tadi.
Wanita buat aksi 'wheelie' ditahan polis
Wanita berusia 21 tahun tersebut dan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan di rumah masing-masing di Jalan Pantai.
Lelaki OKU maut dilanggar ketika melintas jalan
Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) lembam maut selepas dirempuh kereta di bawah jejantas berhampiran Perodua Hijau Kuning, Alor Setar, hari ini.
Anggota tentera maut, isteri cedera dalam nahas kereta-lori di Gerik
Mangsa dikenali sebagai Muhammad Azizi Ahmad, 25 dan isterinya Nur Kamaliah Md Nor, 24.
Kanak-kanak maut dilanggar 4WD di luar pekarangan rumah
Mitsubishi Storm yang dipandu lelaki berusia 59 tahun itu melanggar mangsa yang didakwa keluar dari pekarangan rumah secara mengejut.