awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kabus halang usaha mencari mangsa di Gunung Kinabalu

Bernama
Bernama
08/06/2015
04:24 MYT
Kabus halang usaha mencari mangsa di Gunung Kinabalu
Operasi mencari dua rakyat Singapura yang disenarai hilang di Gunung Kinabalu ditangguh sementara ekoran keadaan berkabus.
Operasi mencari dua rakyat Singapura yang disenarai hilang di Gunung Kinabalu ditangguh sementara ekoran keadaan berkabus.
Sumber polis berkata langkah itu dibuat bagi mengelak bahaya kepada anggota mencari dan menyelamat dengan usaha mencari dan menyelamat akan diteruskan apabila cuaca kembali normal. Yang hilang terdiri daripada seorang guru dan murid.
Semalam Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun memberitahu pemberita bahawa 16 mayat telah ditemui sementara dua orang lagi diklasifikasi sebagai hilang.
Yang maut termasuk enam warga Malaysia, tujuh warga Singapura dan masing-masing seorang warga Filipina, China dan Jepun.
Kejadian berlaku ekoran gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter yang turut melanda gunung tertinggi di Asia Tenggara itu pada pagi Jumaat lalu.
Sementara itu di Kota Kinabalu, beberapa anggota keluarga mangsa yang meninggal dilihat menunggu di bilik khas di Hospital Queen Elizabeth di mana pengecaman dan bedah siasat mayat sedang dijalankan di hospital itu.
Topic Berkaitan
#gempa
#gempa bumi
#Gunung Kinabalu
#Ranau
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan