awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kad prabayar: Syarikat telekomunikasi diarah bayar rebat kepada pengguna

Astro Awani
Astro Awani
01/09/2018
14:07 MYT
Kad prabayar: Syarikat telekomunikasi diarah bayar rebat kepada pengguna
kekeliruan dipihak syarikat telekomunikasi itu menyebabkan penguna kad tambah nilai terpaksa menanggung caj berkenaan apabila pembelian kredit tambah nilai kad prabayar mereka dipotong.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menjelaskan terdapat sedikit kekeliruan membabitkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ke atas pembelian kad prabayar telekomunikasi.
Guan Eng berkata, kekeliruan dipihak syarikat telekomunikasi itu menyebabkan pengguna kad tambah nilai terpaksa menanggung caj berkenaan apabila pembelian kredit tambah nilai kad prabayar mereka dipotong.
Berikutan itu, pihaknya akan mengeluarkan arahan supaya syarikat telekomunikasi membuat rebat pembayaran bagi memastikan pengguna prabayar menerima kredit sepenuhnya tanpa potongan.
“Ada sedikit kekeliruan, Saya rasa syarikat telco ini yang buat kita pening kepala , tetapi kita telah keluarkan arahan yang beli kad prabayar beli RM10 akan dapat RM10 dan 6 peratus (cukai) tidak akan dibayar oleh pembeli.
“Sebaliknya kerana ada masalah teknikal apa yang berlaku kita akan minta mereka (telco) beri rebat,” kata beliau selepas menghadiri Taklimat SST bersama Menteri Kewangan di sebuah hotel di sini hari ini.
Guan Eng berkata demikian ketika ditanya mengenai rungutan pengguna yang menyuarakan ketidakpuasan hati apabila nilai tambah kad prabayar mereka dikenakan potongan sebanyak enam peratus.
Sebagai contoh, pengguna yang menambah nilai sebanyak RM10 hanya menerima kredit bernilai RM9.50.
Caj sebanyak 6 peratus berkenaan turut dikenakan bagi jumlah tambah nilai lain.
Topic Berkaitan
#cukai
#kad prabayar
#Lim Guan Eng
#menteri
#SST
#telekomunikasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan