Perdana Menteri mengakui bukan kerja mudah untuk mengubah persepsi dan pemikiran sesetengah menteri Kabinet terutamanya membabitkan menteri yang tidak mempunyai pengalaman menjadi pemimpin kerajaan.

Akui beliau, sememangnya sukar untuk mengubah pemikiran mereka daripada menjadi pemimpin pembangkang kepada pemimpin sebuah kerajaan.

Bagaimanapun beliau mengakui kebanyakan mereka mula belajar dan cepat belajar untuk memperbaiki prestasi masing-masing.

“Yalah, dalam kalangan mereka ini baharu dan tidak ada pengalaman. Ada dalam kalangan mereka yang mempunyai pendapat yang berbeza.

"Tapi mereka ini cepat belajar,” jelasnya ketika menjadi tetamu pada sesi temu bual eksklusif dengan Astro AWANI di Langkawi pada Ahad.

Dr Mahathir juga ditanya berapakah markah kad prestasi yang mungkin beliau berikan kepada menteri-menteri baharu yang dilantik. Beliau dengan spontan memberikan mereka 40 ke 50 peratus sahaja.