awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar baharu bayar balik PTPTN mula 1 Jan - Maszlee

Firdaus Azil
Firdaus Azil
28/11/2018
06:17 MYT
Kadar baharu bayar balik PTPTN mula 1 Jan - Maszlee
MASZLEE: Tetapi kalau nak bayar lebih pun itu akan membantu mereka untuk mengurangkan (kadar pinjaman) dengan lebih cepat. - Gambar fail/Astro AWANI
Kadar baru pembayaran semula iaitu dua peratus atau RM40 bagi peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpendapatan RM2,000 hingga RM2,500 akan bermula 1 Januari 2019.
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata, kadar pembayaran itu akan meningkat seiring dengan kenaikan gaji mereka.
“Buat masa ini kita meletakkan RM2,000 sebagai nilai ambang untuk permulaan pembayaran dengan pembayaran ialah RM40. Kemudian ianya akan meningkat berdasarkan pendapatan mereka.
“Dan kita akan berusaha pada tahun ke hadapan jikalau keadaan kewangan kerajaan pulih, kita akan cuba tunaikan janji (Manifesto Pakatan Harapan) yang meletakkan RM4,000 sebagai nilai ambang. Tetapi buat masa ini yang terbaik kami boleh lakukan ialah letak RM2,000 sebagai nilai ambang,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
BACA: PTPTN: Potongan RM40 apabila gaji peminjam capai RM2,000
Bagi peminjam di bawah kategori RM2,000 - RM2,500 yang sudah pun memulakan pembayaran balik, Maszlee berkata, mereka juga boleh melakukan penstrukturan semula mengikut kadar baharu itu.
“Tetapi kalau nak bayar lebih pun itu akan membantu mereka untuk mengurangkan (kadar pinjaman) dengan lebih cepat,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Bayaran Balik
#gaji
#Januari
#Maszlee Malik
#Menteri Pendidikan
#Peminjam
#penstrukturan semula
#Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
#PTPTN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan