awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan sembilan individu disyaki terlibat kes gaduh berkumpulan di Port Dickson
[TERKINI] Pas sedia terajui PN, tidak anggotai Exco MB Perlis - Takiyuddin
Kesatuan pembangkang lebih penting daripada polemik Perlis - Pengerusi URIMAI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar baharu yuran permit guru swasta tahun depan - KPM

Bernama
Bernama
25/11/2019
22:53 MYT
Kadar baharu yuran permit guru swasta tahun depan - KPM
KPM berkata, kadar yuran permit mengajar itu akan dilaksanakan pada kadar baharu memandangkan sistem itu telah sedia beroperasi sepenuhnya.
Mulai tahun hadapan kadar yuran permit mengajar guru-guru persendirian di institusi pendidikan swasta akan dilaksanakan seperti yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Permit Mengajar) 2013.
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), ia akan melibatkan bayaran proses sebanyak RM10 dan bayaran fi permit sebanyak RM30.
"KPM ingin menjelaskan bahawa kadar bayaran baharu yuran permit mengajar bagi guru persendirian di semua institusi pendidikan swasta telah diwartakan pada tahun 2013.
"Namun disebabkan oleh kebolehupayaan sistem pelaksanaannya pada ketika itu agak terhad, maka bayaran lama berdasarkan Peraturan-Peraturan Guru (Pendaftaran) 1957 berjumlah RM2 masih dikekalkan sehingga tahun ini," menurut kenyataan kementerian itu bagi mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Cina yang bertajuk 'Yuran Permit Sekolah Menengah Dinaikkan Sebanyak 20 Kali'.
KPM berkata, kadar yuran permit mengajar itu akan dilaksanakan pada kadar baharu memandangkan sistem itu telah sedia beroperasi sepenuhnya.
"KPM sentiasa mendengar dan memastikan penambahbaikan terhadap pendidikan negara bagi menjamin kualiti sistem pendidikan yang terbaik untuk semua warga pendidik dan masyarakat amnya," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#fi permit
#guru persendirian
#institusi pendidikan swasta
#kadar baharu
#Kementerian Pendidikan
#KPM
#laporan akhbar
#Peraturan-Peraturan Pendidikan
#permit mengajar
#sekolah
#yuran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan