awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar dividen tinggi KWSP hasil pelaburan, pengurusan baik - Najib

Bernama
Bernama
10/02/2018
15:56 MYT
Kadar dividen tinggi KWSP hasil pelaburan, pengurusan baik - Najib
KWSP mengisytiharkan kadar dividen 6.90 peratus bagi Simpanan Konvensional 2017 dengan jumlah agihan dividen sebanyak RM44.15 bilion dan 6.40 peratus bagi Simpanan Syariah, dengan agihan dividen RM3.98 bilion. - Gambar hiasan
Kadar dividen tinggi yang diisytiharkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk 2017, merupakan hasil daripada pengurusan dan pelaburan yang baik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini.
"Alhamdulillah hasil pengurusan dan pelaburan baik, hari ini KWSP isytihar kadar dividen 6.90 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 6.40 peratus bagi Simpanan Syariah," kata beliau menerusi catatan akaun Twitter dan Facebooknya.
Beliau berkata agihan dividen dan pendapatan pelaburan kasar bagi 2017 adalah lebih tinggi daripada tahun sebelumnya.
"Syabas pasukan KWSP!,"katanya.
Perdana menteri juga berharap agihan dividen itu, dapat menambah simpanan pencarum serta menjadi bekalan mereka pada masa hadapan.
KWSP mengisytiharkan kadar dividen 6.90 peratus bagi Simpanan Konvensional 2017 dengan jumlah agihan dividen sebanyak RM44.15 bilion dan 6.40 peratus bagi Simpanan Syariah, dengan agihan dividen RM3.98 bilion.
Jumlah keseluruhan agihan dividen bagi 2017 adalah sebanyak RM48.13 bilion, peningkatan 29.8 peratus dari 2016.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dividen
#KWSP
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan