Kadar jenayah jalanan di ibu kota menunjukkan pengurangan yang ketara pada tahun lepas, penurunan sebanyak 37.7 peratus atau berkurang 439 kes berbanding 2014.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata sepanjang tempoh Januari hingga Disember 2015, kadar jenayah jalanan seperti samun dan ragut adalah 675 kes, penurunan daripada 1,114 kes pada tahun sebelum itu.
"Kadar indeks jenayah di bawah (Ibu Pejabat Polis Daerah) Dang Wangi mencatatkan penurunan sebanyak 13.6 peratus atau berkurangan 648 kes tahun lepas jika dibandingkan dengan 2014," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini hari ini.
Beliau berkata pada 2014 kadar jenayah ialah 4,768 kes dan pada 2015 menurun kepada 4,120 kes.
"Ini berikutan usaha berterusan dari segi pencegahan dan risikan serta maklumat orang ramai sehingga membolehkan polis membanteras jenayah ini.
"Selain itu, penempatan balai bergerak dan rondaan menggunakan kereta peronda serta Unit Rondaan Bermotosikal di kawasan tumpuan seperti di Jalan Ampang, Bukit Bintang dan Pasar Seni dilihat berkesan dalam menurunkan indeks jenayah ini," katanya.
Kejayaan ini dicapai atas kesungguhan dan komitmen seluruh warga Dang Wangi dalam memastikan keselamatan warga kota sentiasa berada di tahap yang terbaik, kata Zainol.
Bernama
Tue Jan 19 2016
ZAINOL: Ini berikutan usaha berterusan dari segi pencegahan dan risikan serta maklumat orang ramai.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kadar jenayah jalanan di ibu kota catat penurunan mendadak pada 2015
Kadar jenayah jalanan di ibu kota menunjukkan pengurangan yang ketara pada tahun lepas, iaitu penurunan sebanyak 37.7 peratus atau berkurang 439 kes berbanding 2014.
Mahkamah akan lupus kes jenayah jalanan dalam masa tiga hari
Mahkamah akan melupuskan kes-kes jenayah jalanan secara pantas iaitu dalam tempoh tiga hari bagi tertuduh yang mengaku bersalah dan dua minggu bagi kes yang dibicarakan.