awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RM34 juta wang "scam" diselamatkan, RM6.7 juta dipulangkan kepada mangsa - Saifuddin Nasution
KKM pantau rapi, sah maklumat dengan saluran rasmi situasi virus Nipah di India
Gempa bumi sederhana landa Yogyakarta tengah hari tadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar kebolehpasaran graduan UMP meningkat kepada 96.3 peratus tahun lepas

Bernama
Bernama
06/04/2019
21:29 MYT
Kadar kebolehpasaran graduan UMP meningkat kepada 96.3 peratus tahun lepas
Pencapaian itu menjadi pendorong kepada pihak universiti untuk mengekalkan momentum peningkatan kebolehpasaran graduannya pada tahun ini. - Google Maps
Kadar kebolehpasaran graduan Universiti Malaysia Pahang (UMP) meningkat kepada 96.3 peratus tahun lepas, berbanding 94.2 peratus pada tahun sebelumnya.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMP Datuk Dr Yuserrie Zainuddin berkata ini menjadi pendorong kepada pihak universiti untuk mengekalkan momentum peningkatan kebolehpasaran graduannya pada tahun ini.
Beliau berkata antara inisiatif yang dilaksanakan bagi mencapai sasaran itu ialah melakukan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak industri dalam aspek penawaran kerja selain penganjuran karnival kerjaya.
"Penganjuran karnival selama dua hari bermula hari ini melibatkan 35 syarikat yang menawarkan kira-kira 1,000 peluang pekerjaan yang diharapkan dapat memadankan graduan dengan kerjaya serta majikan yang sesuai," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kerjaya 'University to Industry' di UMP Kampus Gambang di sini pada Sabtu, yang disempurnakan Anggota Lembaga Pengarah UMP Datuk Seri Md Sharif Shamsuddin.
Antara syarikat yang mengambil bahagian dalam karnival kerjaya kali ini ialah BASF Petronas Chemicals, Mercedes Benz, Top Glove Sdn. Bhd, YTL Corporation Berhad, Vacuumschmelze (M) Sdn. Bhd, Panasonic dan Prasarana Malaysia Berhad.
Sementara itu, Md Sharif menasihatkan graduan untuk melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran lain yang boleh menjadi nilai tambah kepada mereka untuk menarik minat majikan.
"Jangan terlalu hanya bergantung kepada sijil. Pelajar perlu mempunyai kombinasi iaitu kelulusan, kemahiran dan bakat untuk menempatkan diri dalam bidang pekerjaan.
"Kita juga berharap pelajar tidak melihat peluang pekerjaan itu sekadar dalam sektor awam atau swasta kerana mereka harus berani mencipta peluang untuk menjadi usahawan yang kompetitif," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#graduan UMP
#kebolehpasaran graduan
#pekerjaan
#pelajar
#pendidikan
#prospek kerjaya
#taraf pendidikan
#UMP
#Universiti Malaysia Pahang
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan