Kerajaan akan menaikkan kadar penalti bagi mereka yang mengelak membayar cukai dari 45 peratus sedia ada kepada 100 peratus bermula Januari 2018.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Datuk Sabin Samitah berkata kenaikan itu adalah bagi memastikan pembayar cukai syarikat dan individu lebih berdisiplin.

Jelas Sabin, kenaikan terbabit tidak memerlukan pindaan akta dibuat kerana ia telah termaktub dalam Akta Cukai Pendapatan 1967.

Menurut akta tersebut, kenaikan boleh dilakukan sehingga 300 peratus kadar penalti cukai.

Sabin ditemui selepas merasmikan Operasi Gerak Bersepadu G127B di Bangunan LHDN, Wilayah Persekutuan pada Rabu.