Tambang baharu Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) bagi perjalanan sehala dari KL Sentral ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan ke KLIA2 ialah RM55, berkuat kuasa mulai 1 Jan tahun
depan, kenaikan pertama sejak pelancaran ERL pada 2002.
Ketua Pegawai Eksekutif ERL, Noormah Mohd Noor berkata ini ialah kadar diskaun berikutan ERL dibenarkan untuk menyemak kadar tambang kepada RM64 berdasarkan terma-terma perjanjian konsesi.
"Kami menstruktur tambang baharu dengan mengambil kira pengguna kami. Kami mengakui peningkatan kos sara hidup ialah satu cabaran dan kami sedang mencari jalan menawarkan pilihan tambang kepada pelanggan kami," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.
Beliau berkata semakan itu diluluskan oleh kerajaan melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) selaras dengan Seksyen 120 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.
Penumpang yang membeli tiket melalui dalam talian, aplikasi mudah alih dan daripada kiosk ERL akan menikmati diskaun 10 peratus, manakala mereka yang menggunakan kad Touch 'n Go akan menikmati penjimatan 10 peratus semasa tempoh promosi.
Untuk pengguna TravelCard, mereka akan menikmati diskaun 17 peratus - 83 peratus dengan purata diskaun 45 peratus sementara warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) akan terus menikmati diskaun 30 peratus tambang sehala bagi KLIA Transit, kata beliau.
Beliau berkata mereka yang membeli tiket pergi-balik antara KL Sentral dan KLIA/KLIA 2 akan menikmati penjimatan RM10.
Noormah berkata semakan tambang itu akan memastikan ERL terus beroperasi dan mengekalkan perkhidmatannya pada tahap optimum bagi menampung jumlah penumpang yang meningkat.
"Menjelang Mei tahun depan, enam tren baharu akan diserahkan dan ini akan meningkatkan kapasiti ERL sebanyak 50 peratus," katanya.
Orang ramai boleh menyemak struktur tambang baharu dengan melayari www.KLIAekpres.com dan papan notis di stesen-stesen ERL.
Bernama
Wed Dec 02 2015
Orang ramai boleh menyemak struktur tambang baharu dengan melayari www.KLIAekpres.com dan papan notis di stesen-stesen ERL. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.
Konsesi ERL: Kadar tambang ikut pasaran dapat pacu inovasi perkhidmatan
ERL perlu bertindak menyediakan perkhidmatan yang lebih efisien dan sejajar dengan harga tambang yang ditetapkan.
Caj servis penumpang kepada ERL tak dibayar mulai 2029, harga tiket ikut pasaran - Anthony Loke
ERL tidak bercadang naikkan kadar tambang semasa menjelang 2029.
ERL tawar tambang istimewa tiket pergi balik pada 31 Ogos
Menurut ERL, untuk mendapatkan tambang istimewa ini, pengguna perlu membeli tiket di kaunter tiket KL Sentral sahaja.
ERL sambung semula perkhidmatan KLIA Ekspres, KLIA Transit 3 Jan tahun depan
Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) akan menyambung semula perkhidmatan Kuala Lumpur International Airport (KLIA) Ekspres dan KLIA Transit dari 3 Jan 2023 untuk menampung peningkatan jumlah penumpang.
ERL tambah kekerapan perkhidmatan KLIA Ekspres, KLIA Transit
ERL yang mengendalikan KLIA Ekspres dan KLIA Transit meningkatkan kekerapan perkhidmatan tren mulai 1 Ogos bagi menampung peningkatan jumlah penumpang.
ERL lancar promosi Jom Cuti-Cuti Malaysia
ERL hari ini melancarkan promosi baharu Jom Cuti-Cuti Malaysia eksklusif untuk rakyat Malaysia dengan kerjasama MOTAC dan Tourism Malaysia.
25 kakitangan ERL bantu operasi Makkah Metro
Ini merupakan tahun kesembilan penglibatan ERL dalam memberikan sokongan operasi kepada Makkah Metro sejak 2012.
ERL sasar 8,000 penumpang melalui promosi 'ERL RM1 Joyride Weekend'
Usaha itu bertujuan menggalakkan dan memulihkan keyakinan orang ramai untuk kembali menggunakan pengangkutan awam.
Bersiar-siar menaiki ERL hujung minggu ini dengan hanya RM1
Rakyat Malaysia berpeluang 'makan angin' menaiki perkhidmatan tren Express Rail Link (ERL) pada Sabtu dan Ahad ini dengan hanya RM1 untuk tiket sehala ke mana-mana stesen ERL.