Bermula 12 tengah malam tadi, pengguna bagi kategori kereta persendirian di Jambatan Sultan Abdul Halim Muāadzam Shah (JSAHMS) di Pulau Pinang menikmati kadar tol RM7, sama dengan kadar tol di Jambatan Pulau Pinang.
Ahli Lembaga Pengarah Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) syarikat konsesi JSAHMS, Datuk Seri Farizan Darus berkata pengurangan daripada RM8.50 itu susulan pengumuman Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada pembentangan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat, 11 Oktober lalu.
Menurut Farizan, sejak JSAHMS dibuka, sebanyak 32.6 juta kenderaan menggunakan jambatan itu dengan peningkatan purata jumlah kenderaan kira-kira 32 peratus setiap tahun.
"Jadi, peningkatan telah berlaku setiap tahun dan kita jangka ia akan terus meningkat apatah lagi apabila (bayaran) tol diturunkan.
"Data yang saya bagi tadi adalah purata melibatkan kira-kira 32 peratus dengan kadar RM8.50. Jadi, (apabila ia diturunkan) kepada RM7, ia dijangka meningkat," katanya.
Beliau berkata demikian selepas pelancaran penyeragaman kadar tol di JSAHMS, di Batu Kawan malam tadi.
Pihaknya berharap dengan pengurangan kadar tol tersebut, kos sara hidup dapat dikurangkan dan kualiti kehidupan rakyat juga meningkat.
Justeru, dengan penyeragaman itu beliau percaya kesesakan di Jambatan Pulau Pinang dapat dikurangkan apabila pengguna beralih menggunakan JSAHMS.
Sementara itu, rata-rata pengguna kenderaan persendirian menyambut baik langkah kerajaan mengurangkan kadar tol berkenaan, malah ia sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan kos pengangkutan mereka.
Pada pembentangan Belanjawan 2020, Lim mengumumkan kadar tol untuk kategori kereta persendirian di Jambatan Kedua Pulau Pinang akan dikurangkan daripada RM8.50 kepada RM7 bermula 1 Januari 2020 bagi menyeragamkan kadar tol di antara Jambatan Pertama dan Kedua.
Astro Awani
Tue Dec 31 2019
Penyeragaman kadar tol di dua jambatan itu diharap dapat mengurangkan kesesakan di Jambatan Pulau Pinang apabila pengguna beralih menggunakan JSAHMS. Foto Astro AWANI
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Video tular: JKSB nafi Jambatan Kedua di Pulau Pinang retak
Video yang memaparkan retakan pada struktur jambatan seperti yang tular di media sosial sejak Ahad bukan melibatkan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah atau Jambatan Kedua di Pulau Pinang.
Diskaun tol Jambatan Kedua Pulau Pinang sebanyak 30 peratus sempena Aidilfitri
Pemberian diskaun itu akan bermula pada jam 12 tengah malam pada 30 April (Sabtu) hingga 11.59 malam pada 1 Mei 2022 (Ahad).
Kadar tol di dua Jambatan Pulau Pinang kini seragam
Pengurangan daripada RM8.50 itu susulan pengumuman Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada pembentangan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat, 11 Oktober lalu.
Jambatan Kedua P.Pinang dijangka dibuka kepada umum akhir Februari
Pembukaan hanya akan dilakukan setelah kerja-kerja sistem tol Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan pengujian tahap keselamatan fizikal jambatan itu siap.