awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kahwin bawah 18 tahun dapat bendung masalah sosial - Mufti Negeri Sabah

Fifi Harteeny Marzuki
Fifi Harteeny Marzuki
24/09/2018
09:59 MYT
Kahwin bawah 18 tahun dapat bendung masalah sosial - Mufti Negeri Sabah
hukum syarak menetapkan apabila seseorang itu sudah akil baligh, mereka tidak lagi diklasifikasikan sebagai kanak-kanak.
Mufti Negeri Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar, berpendapat agar had umur minimum perkahwinan tidak ditetapkan kepada umur 18 tahun.
Ini, jelasnya, kerana remaja yang berusia 14 tahun boleh dibenarkan berkahwin sekiranya mereka sudah akil baligh selain tertakluk kepada kes-kes tertentu.
Menurutnya, hukum syarak menetapkan apabila seseorang itu sudah akil baligh, mereka tidak lagi diklasifikasikan sebagai kanak-kanak.
"Saya berpendapat dengan membenarkan para belia berusia seawal 14 tahun atau yang akil baligh untuk berkahwin dapat membantu masalah sosial termasuk zina.
"Malah, membenarkan mereka kahwin di usia muda ini tertakluk kepada kes-kes tertentu seperti remaja terbabit tidak lagi bersekolah dan bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri.
"Ini merupakan pendapat peribadi saya," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Untuk rekod, Bungsu kini berada di Pontianak, Indonesia.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang menyatakan hasrat kerajaan untuk menaikkan had umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun.
Dr Wan Azizah yang juga Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga dilaporkan berkata beliau telah mempengerusikan mesyuarat pada 13 September lalu untuk membincangkan isu berkenaan bersama pihak berkepentingan.
Topic Berkaitan
#akil baligh
#Bungsu Aziz Jaafar
#had umur minimum perkahwinan
#masalah sosial
#Mufti Negeri Sabah
#Wan Azizah
#zina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan