Kain rentang provokasi cemar kempen PRK Rantau

Kain rentang provokasi cemar kempen PRK Rantau
Dua kain rentang seumpama itu dipercayai diletakkan individu atau kumpulan yang belum dikenalpasti di beberapa lokasi di DUN itu. - Foto Astro AWANI/Rahimah Abdullah
SEREMBAN: Kain rentang dengan ayat provokasi dan menyentuh isu perkauman mencemarkan Kempen Pilihan Raya DUN Rantau pada Sabtu.

Dua kain rentang seumpama itu dipercayai diletakkan individu atau kumpulan yang belum dikenalpasti di beberapa lokasi di DUN itu.
Ia ditulis dalam loghat Negeri Sembilan dan menggunakan perkataan berbaur perkauman yang tidak sepatutnya terhadap Calon Pakatan Harapan (PH), Dr. S.Streram.

Susulan itu, Pakatan Harapan (PH) membuat  satu laporan polis di Balai Polis Rantau bagi menyiasat individu yang melakukan tindakan provokasi itu.

Bagaimanapun, wakil calon yang membuat laporan polis itu enggan mengulas lanjut dan menyerahkan kepada pihak pimpinan untuk memberikan kenyataan.

Tag: pilihan raya, Negeri Sembilan, Pakatan Harapan, Dr S Streram, Rantau Memilih, PRK Rantau, perkauman, BN, PH, calon bebas, kain rentang


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.