awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kejayaan PSIS di SIIF 2025 bukti TVET bukan lagi pilihan kedua - Zambry
Samsung bangunkan GPU sendiri untuk Exynos 2800, saingi Apple & Qualcomm
Pilihan raya Ahad bawa harapan kepada Myanmar, kata kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kaji guna sumber air bawah tanah - Xavier

Bernama
Bernama
18/12/2018
21:26 MYT
Kaji guna sumber air bawah tanah - Xavier
Dari kiri, Xavier, Mohd Ridhuan dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Malaysia Water Association Lee Koon Yew memberi pandangan selaku ahli panel Wacana Sinar Harian ke-80 berhubung konservasi air di Dewan Karangkraf, Shah Alam, 18 Dis, 2018. --fotoBERNAMA
Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli sedang melakukan kajian secara menyeluruh bagi melihat potensi air bawah tanah untuk dijadikan sumber baharu air negara, kata Menterinya, Dr Xavier Jayakumar.
Beliau berkata kajian menunjukkan terdapat antara tiga hingga lima trilion meter padu sumber air bawah tanah di seluruh negara ketika ini dan Kelantan menjadi satu-satunya negeri yang menggunakan sumber air bawah tanah.
Katanya satu kajian bersama pihak-pihak berkepentingan sedang dilaksanakan untuk menilai secara holistik dan kawasan air bawah tanah mana yang sesuai digunakan.
"Memang ada yang kata, jika kita guna air bawah tanah, akan mengakibatkan mendapan tanah, tapi di negara ini, ada 196 hari hujan, jadi kita tak ada masalah itu," katanya pada Wacana Sinar Harian ke-80, Konservasi Air: Di Manakah Malaysia, di sini pada Selasa.
Mengenai kenaikan kadar tarif air, Xavier berkata kerajaan tidak dapat mengelak daripada menaikkan tarif air dalam usaha untuk memastikan industri air negara sentiasa berada dalam keadaan baik.
Beliau bagaimanapun berkata kerajaan akan mengenakan kadar tarif air yang munasabah dengan memastikan golongan B40 tidak menerima tempias hasil kenaikan itu.
"Ada negeri yang dah 30 tahun kita tidak naikkan tarif air, sedangkan perbelanjaan untuk pengurusan industri ini adalah mengikut harga semasa," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Mohd Ridhuan Ismail dalam wacana itu berkata kadar caj air murah yang dikenakan menjadi antara punca ramai rakyat di negara ini membazir dalam penggunaan air.
Beliau menarik perhatian kadar caj air di negara ini adalah RM 0.52 sen bagi setiap meter padu berbanding sesetengah negara jiran seperti Thailand pada kadar lebih RM1 dan Singapura kira-kira RM3.
"Dalam keadaan dengan nilai yang begitu rendah, banyak pengguna membazir dari segi penggunaannya seolah-olah tiada nilai yang diberi terhadap bekalan air secara amnya, " katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#air
#bawah tanah
#hujan
#industri
#kadar caj air
#Kajian
#Kelantan
#Konservasi Air
#Mohd Ridhuan Ismail
#pembaziran
#sumber
#Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara
#tarif air
#Wacana Sinar Harian
#Xavier Jayakumar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan