Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Kaji selidik: 25 peratus penduduk KL mengaku kedudukan kewangan merosot - UCSI

Kaji selidik: 25 peratus penduduk KL mengaku kedudukan kewangan merosot - UCSI
Sebanyak 57.6 peratus responden menyatakan pembelian perabot, peti sejuk, televisyen dan kelengkapan rumah dalam tempoh 6 bulan akan datang adalah waktu yang tidak sesuai. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kaji selidik yang dijalankan Pusat Penyelidikan Kaji Selidik Universiti UCSI mengenai indeks sentimen pengguna mendapati lebih separuh daripada penduduk Kuala Lumpur mengakui status kewangan mereka tidak menunjukkan sebarang perubahan sejak 12 bulan yang lalu.

Sementara 14.7 peratus hingga 25.1 peratus responden pula memaklumkan keadaan kewangan mereka bertambah buruk dalam tempoh yang sama. 
Namun lain pula kata 20.2 peratus hingga 31.6 peratus responden, yang berpendapat bahawa, tahap kewangan mereka menjadi lebih baik.

Ketua Pegawai Eksekutif Pool Research Centre UCSI, Prof Madya Dr Noppadom Kannika memberitahu, kaji selidik yang dilakukan antara September 2019 dan Februari lalu ke atas lebih 2,000 penduduk di Kuala Lumpur turut mendedahkan hanya 10.1 peratus responden yang menyatakan mereka benar-benar gembira manakala 22 peratus responden lagi memaklumkan mereka tidak gembira dengan baki tunai di tangan. 
Dalam pada itu, melihat pada ramalan 12 bulan yang akan datang, katanya, kira-kira 29.2 peratus hingga 40.3 peratus responden menjangkakan keadaan kewangan mereka akan bertambah baik dengan 12.4 peratus hingga 27.3 peratus responden menjangkakan sebaliknya.

"Walaupun begitu, kira-kira 43.5 peratus hingga 47.3 peratus responden masih berpendapat status kewangan mereka akan terus kekal dan tidak akan menunjukkan sebarang perubahan," katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Tambah Noppadom, berdasarkan kaji selidik itu, sebanyak 57.6 peratus responden menyatakan pembelian perabot, peti sejuk, televisyen dan kelengkapan rumah dalam tempoh 6 bulan akan datang adalah waktu yang tidak sesuai.

Pendangan yang sama katanya turut dikongsi oleh lebih separuh daripada responden yang turut menjangkakan pembelian kenderaan dan rumah tidak digalakkan dalam tempoh berkenaan.

Noppadom berkata, majoriti responden menjangka para pelabur dan ahli perniagaan bagaimanapun akan menikmati perkembangan yang positif pada tahun akan datang.


Tag: Kuala Lumpur, merosot, UCSI, Kajian



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.