Kajian terperinci melibatkan kesan alam sekitar, reka bentuk dan pelbagai lagi perlu dibuat sebelum projek terowong dasar laut di Pulau Pinang dibina.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengalu-alukan pembinaan terowong itu berkata kajian tersebut penting bagi memastikan tragedi di tapak pembinaan berulang.

“Kita ambil maklum berkenaan projek terowong itu, mereka (Kerajaan Negeri) akan membuat laporan siasatan mereka sendiri.

“Kejadian tanah runtuh (di Bukit Kukus) tidak bererti ia disebakan oleh kesilapan manusia.

“Jadi, ini tidak bermakna jambatan itu tidak boleh dibuat. Jika ia mempunyai laporan siasatan terperinci, tempoh pelaksanaan, kajian kebolehlaksanaan dan lain lagi, maka ia boleh boleh dibina,” katanya pada sidang media mengakhiri lawatan dua hari di Thailand hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan wartawan sama ada projek terowong dasar laut akan dihentikan susulan tragedi tanah runtuh di Bukit Kukus di George Town, Pulau Pinang minggu lalu.