awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kajian dalam talian adalah penipuan, kata Pos Malaysia

Bernama
Bernama
08/02/2018
09:55 MYT
Kajian dalam talian adalah penipuan, kata Pos Malaysia
Semua pengumuman mengenai Pos Malaysia hanya dibuat melalui saluran rasmi seperti saluran media sosialnya. - Gambar hiasan
Pos Malaysia Bhd menjelaskan kajian dalam talian berhubung syarikat itu yang muncul di beberapa laman web merupakan satu penipuan dan pihaknya tidak pernah memberikan kebenaran dalam apa bentuk sekalipun.
Dalam kenyataan dikeluarkan di sini, Pos Malaysia menyebut, pihaknya tidak mendapatkan perkhidmatan pihak ketiga untuk mengendalikan sebarang aktiviti, dan semua pengumuman mengenai syarikat dibuat melalui saluran rasmi seperti saluran media sosialnya.
Kajian dalam talian yang didakwa itu memujuk pelanggan supaya memberi maklum balas berhubung kajian dijalankan dan seorang daripada 10 responden dipilih akan menerima telefon pintar berjenama.
Responden perlu menjawab empat soalan mengenai perkhidmatan Pos Malaysia serta memberikan maklumat hubungan mereka.
"Kami percaya, pihak yang menjalankan penipuan ini cuba untuk memperdaya responden menggunakan jenama Pos Malaysia tanpa kebenaran. Justeru, kami menasihatkan orang ramai supaya mengabaikan kajian dalam talian ini. Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang tuntutan berhubung skim yang tidak benar ini," kata Pos Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, hubungi hotline Perkhidmatan Pelanggan Pos Malaysia di talian 1300-300-300 atau e-mel [email protected]
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dalam talian
#Kajian
#media sosial
#pos malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan