Kementerian Pendidikan tidak akan mengadaikan bahasa Melayu dan akan melakukan kajian holistik sebelum membuat sebarang keputusan berhubung pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC), kata Menterinya Dr Maszlee Malik.
Katanya meskipun terdapat cadangan untuk mengiktiraf sijil itu sebagai antara syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) namun beliau tidak mahu membuat keputusan terburu-buru.
Menurutnya pandangan pelbagai pihak tetap jadi keutamaan malah memandang berat isu kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan impak keputusan yang akan menjejaskan perpaduan serta keharmonian.
"(Pengiktirafan) UEC adalah salah satu janji dalam manifesto Pakatan Harapan. Cuma kita perlu ambil kira pandangan daripada beberapa pihak yang mereka tidak lihat sijil UEC sebagai sijil kemasukan semata-mata tetapi mengambil kira isu bahasa Melayu dan keharmonian.
"Saya perlu bertemu semua pihak berkepentingan bukan hanya kaum Cina tetapi juga golongan pejuang bahasa kebangasan dan mereka yang berurusan dalam menjaga keharmonian. Jika kita ingin UEC diiktiraf nanti, kita tidak mahu ia menjejaskan perpaduan dan bahasa kebangsaan," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Kebangsaan Seberang Marang, di sini, hari ini.
Maszlee mengakui bahawa menentukan keputusan berhubung UEC bukanlah suatu yang mudah dan pihaknya tidak mahu selepas sesuatu keputusan dibuat akan berlaku 'pusingan u atau flip flop'.
"Kita tidak mahu menggadaikan bahasa Melayu dan apa sahaja keputusan kita ambil akan bersifat komprehensif dan holistik. Meskipun kita tidak boleh puaskan hati semua pihak, tetapi kita boleh memberikan kelegaan kepada beberapa pihak," katanya.
UEC ialah sijil yang dikeluarkan Sistem Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia dan pelaksanaannya tidak mengikut sistem pendidikan kebangsaan.
Sementara itu berhubung isu pencabulan pelajar oleh guru, beliau berkata pihaknya memandang serius perkara itu dan tidak akan berkompromi.
Katanya guru, ibu bapa dan pelajar perlu berani tampil membuat laporan supaya tindakan tegas diambil serta mengalu-galukan sebarang kerjasama daripada badan bukan kerajaan dalam menangani jenayah itu.
Maszlee berkata pihak kementerian berterima kasih kepada ibu bapa, penjaga, guru dan aktivis sosial yang segera melaporkan kejadian seumpama itu dan menurutnya dalam usaha mengekang jenayah itu pihak kementerian bercadang mengadakan ujian psikiatri ke atas bakal guru dan guru yang sedang berkhidmat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 08 2018
Maszlee pada sidang media ketika meninjau bangunan dalam proses pembinaan ketika melakukan lawatan di Sekolah Kebangsaan Seberang Marang hari ini. --fotoBERNAMA
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
[KOLUMNIS] Bahasa kewartawanan: Tepat dan padat
Penggunaan bahasa yang baik dan benar sangat membantu penyampaian maklumat kepada khalayak masyarakat dan pembaca.
Dinamik bahasa dalam penggunaan ChatGPT
Kendatipun ChatGPT mampu menyelesaikan masalah bahasa secara dinamik dengan data raya yang mengagumkan, ia masih mempunyai kekurangan.
Leksikal ayam dalam simpulan bahasa merujuk perangai manusia
Sedar atau tidak, dalam diri manusia itu sendiri ada sifat 'binatang' yang memungkinkan perangai manusia itu disamakan dengan sifat binatang.
Subjek bahasa: Jangan pandang sebelah mata
Semua pelajar pada peringkat menengah bagi sekolah aliran nasional diberikan peluang untuk mempelajari bahasa yang bukan bahasa ibunda.
Murid digalak kuasai lebih daripada satu bahasa
Murid digalakkan menguasai lebih daripada satu bahasa sebagai persediaan untuk mereka berdepan dengan dunia yang penuh persaingan pada masa kini.
Undian KPN Semarak Uniti: Hampir 70 peratus kata boleh bertutur lebih daripada dua bahasa
68.6 peratus responden mengatakan ya kepada persoalan diajukan manakala 21.1 peratus menyatakan tidak.
Pelaburan dalam pendidikan bahasa beri pulangan dua kali ganda untuk ekonomi UK - Kajian
Peningkatan murid sekolah menengah yang mempelajari bahasa Arab, Mandarin, Perancis atau Sepanyol boleh meningkatkan ekonomi UK berbilion pound dalam tempoh 30 tahun.
Kongsi makanan menerusi 'TikTok' wujud harmoni kaum
Ceddy menggunakan bahasa yang mudah difahami dan sekali-sekala diselitkan dengan lawak jenaka di samping menjaga sensitiviti kaum.
Pelajar fasih lima bahasa utama dunia dengan hanya belajar melalui YouTube
Azrey mampu bertutur dalam bahasa Jepun, Rusia, Sepanyol, Mandarin serta bahasa Inggeris.
Anak muda Perak bangga guna dialek sendiri
Ada laporan media mengatakan dialek negeri itu mula diancam kepupusan kerana golongan muda asal Perak tidak berminat menuturkannya.