awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kakitangan Wisma Putra, agensi di China akan dibawa balik - Saifuddin

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
05/02/2020
10:46 MYT
Kakitangan Wisma Putra, agensi di China akan dibawa balik - Saifuddin
Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata mereka bakal pulang menerusi penerbangan komersil secara berperingkat. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Kabinet pada Rabu bersetuju supaya kakitangan Wisma Putra dan agensi tertentu (non essential staff) termasuk tanggungan mereka yang bertugas di China dibawa balik ke Malaysia.
Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata mereka bakal dibawa pulang menerusi penerbangan komersial secara berperingkat.
Tegasnya, perkara paling utama adalah keselamatan mereka sekiranya penularan wabak novel koronavirus terus berlarutan.
"Jadi terdapat 86 pegawai dan kakitangan Wisma Putra dan agensi lain di mana dari angka itu, kita akan nilai berapa yang perlu tinggal dan perlu dibawa balik.
"Tetapi untuk pasangan dan anak-anak mereka, memang kita hasrat untuk bawa mereka pulang secepat mungkin.
"Kepulangan mereka ini melalui penerbangan komersial biasa, jadi harus kita bawa ke lapangan terbang berdekatan," katanya kepada media pada sambutan Tahun Baharu Cina di sini hari ini. [LAPOR LANGSUNG] Angka korban hampiri 500 di seluruh dunia
Mengikut rekod, selain Kedutaan Besar Malaysia di Beijing, terdapat lapan lagi pejabat Konsulat di seluruh China iaitu di Guangzhou, Hong Kong, Kunming, Nanning, Shanghai, Xi'an dan Taipei.
Sejumlah 34 orang pegawai dan kakitangan Wisma Putra bertugas di seluruh China selain 52 pegawai dan kakitangan agensi-agensi berkaitan seperti Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Tourism Malaysia dan lain-lain lagi.
Selain itu, sejumlah 212 tanggungan mereka turut berada di sana yang menjadikan keseluruhan 298 orang.
Jelas Saifuddin, buat masa ini belum ada angka rasmi berkenaan pegawai serta kakitangan termasuk tanggungan mereka yang akan dibawa pulang ke Malaysia.
Topic Berkaitan
#Beijing
#China
#coronavirus
#Hong Kong
#kabinet
#keselamatan
#koronavirus
#Matrade
#Media
#novel koronavirus
#pelaburan
#penerbangan
#Saifuddin Abdullah
#Tourism Malaysia
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan