Kalau hendak minum arak, minumlah tetapi tidak payahlah berpesta, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau merasakan kalau hendak berpesta dalam keadaan begitu, ia tidak menunjukkan contoh yang baik kepada generasi muda.
"Saya tidak bercakap pasal agama tetapi dari segi moralnya pun sudah tidak betul. Cuba bayangkan budak-budak muda tengok orang tua-tua tunggang-langgang....
Pesta arak ini mulanya dengan 'October Fest' di Jerman...huru-hara. Adakah anda mahu ini berlaku di Malaysia? Saya tidak yakin orang Malaysia yang waras, yang setuju. Saya tidak cakap dari segi asas agama, tapi dari segi asas moral," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.
Katanya janganlah hendak dipesta-pestakan perkara yang kurang baik dari segi moral.
"Dari segi dasarnya, kita tidak ada dasar melarang atau tidak...tapi saya bercakap dari segi moral. Tak usahlah kita berbuat sesuatu yang tidak seiring dengan moral dan juga budaya kita...cuba elakkan.
Siapa yang suka hendak minum arak, pergilah tempat yang sesuai, bukan secara di khalayak ramai, sebab bila dah mabuk macam-macam boleh berlaku," katanya mengulas mengenai cadangan mengadakan pesta arak di galeri beli-belah Publika di Kuala Lumpur, Oktober ini.
Mengenai Pasar Besar Seremban, beliau berkata kerajaan negeri telah membuat keputusan supaya semua kerosakan yang dialami dalam kebakaran baru-baru ini dibaiki segera.
"Kita telah minta Majlis Perbandaran Seremban (MPS) menggunakan bajetnya sendiri dahulu sebelum kita menunggu keputusan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
"MPS sedang melihat dan meneliti anggaran kos untuk membaiki semula kerosakan pasar tersebut. Kalau boleh kerja-kerja pemulihan dan penyelenggaraan ini disiapkan sebelum Tahun Baru Cina tahun depan," katanya.
Tingkat satu bangunan pasar itu yang dibina pada 1975 musnah dalam kebakaran pada 9 Sept lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 27 2017
Kalau hendak minum arak, minumlah tetapi tidak payahlah berpesta, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan. -Gambar hiasan
Prestasi Bursa Malaysia capai paras tertinggi bukti kerangka Ekonomi Madani pacu keyakinan pelabur - Amir Hamzah
Prestasi Bursa Malaysia yang mencecah paras tertinggi membuktikan langkah di bawah kerangka Ekonomi Madani terus memacu keyakinan pelabur.
Azam Baki dilantik semula Ketua Pesuruhjaya SPRM
Tan Sri Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tempoh setahun lagi, berkuat kuasa 12 Mei ini.
MH370: Kertas cadangan Ocean Infinity dibawa ke Kabinet Ogos ini - Loke
Kertas cadangan Ocean Infinity bagi memulakan semula pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 dibawa ke Kabinet Ogos ini.
Pekerja kedai didakwa rogol remaja 15 tahun di hotel
Pekerja kedai didakwa rogol remaja 15 tahun di hotel
Belasungkawa: Mutang terkejut dinamakan Yang di-Pertua Dewan Negara
Biarpun seketika mengetuai Dewan Negara, kehilangannya amat dirasai, apatah lagi dengan perwatakannya yang sederhana. Ia kehilangan besar bagi negara.
Isu kehadiran tentera India sudah selesai - Menteri Luar Maldives
Isu kehadiran tentera India di Maldives sudah selesai, kata Menteri Luar Maldives Moosa Zameer.
Kembara, teroka dunia dengan kempen terbaharu Malaysia Airlines dan Firefly
Hadir merentas 21 pasaran hingga 22 Mei 2024, sama ada destinasi dekat mahupun jauh, sambar peluang untuk meneroka keindahan dunia dengan Hospitaliti Malaysia.
Belasungkawa: Mutang Tagal angkat nama 'Lun Bawang'
Pemergian Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal merupakan satu kehilangan besar buat Sarawak dan negara.
Negara perlu sedia lakukan anjakan pendidikan selari dengan AI - Zambry
Negara perlu bersiap sedia melakukan anjakan sistem pendidikan selari dengan perkembangan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).
Takut dicekup khalwat, lelaki tinggal kekasih dalam kereta terbabas tepi sungai
Seorang lelaki tergamak meninggalkan kekasihnya selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas gara-gara takut dicekup berkhalwat.
Datuk antara 5 ditahan sindiket pemprosesan dadah, penyeludupan arak
Anggota penguat kuasa turut merampas dadah, arak dan beberapa kenderaan mewah dengan nilai keseluruhan RM10.3 juta.
Penjualan arak: Bantahan wakil rakyat Pas adalah wajar - Gerakan
Gerakan telah mendapat penjelasan yang adil daripada Muhammad Fawwaz berhubung tindakannya membantah promosi tersebut.
Majlis Islam Selatan Thailand bantah RUU berkaitan ganja, arak dan perkongsian sivil
Ahli Parlimen Yala menegaskan, pengecualian perlu dibuat bagi orang Islam Thailand sekiranya RUU itu diluluskan.
Serbuan kilang haram, PGA rampas arak bernilai RM1.2 juta
Sebanyak 603 liter cecair arak termasuk arak tiruan dianggarkan bernilai RM1.2 juta dirampas Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam menerusi tiga serbuan berbeza di sekitar Muar.
Pas tetap tidak setuju nama arak Timah - Idris
Pas tetap menolak penggunaan nama Timah terhadap arak jenama tempatan walaupun kerajaan membuat keputusan membenarkan penggunaan nama tersebut.
Pengeluar arak mohon tempoh seminggu untuk tukar nama 'Timah'
Syarikat pengeluar minuman beralkohol tempatan jenama 'Timah' mempertimbangkan untuk menukar nama dan imej pada label produk arak keluaran mereka.
Isu arak: 'Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai latar belakang agama, bangsa' - Kadir Jasin
Bekas Ahli MPT Bersatu itu mengulas mengenai kontroversi pengeluaran arak jenama tempatan 'Timah'.
Isu arak 'Timah': Idris setuju dengan gesaan Mufti Pulau Pinang
Idris berkata perkara sebegitu yang bersifat provokasi, selain penggunaan nama yang boleh menimbulkan kekeliruan terhadap masyarakat dan agama tidak sepatutnya berlaku di negara ini.
Arak jenama Timah bukan hasil produk kerajaan - Ahmad Marzuk
Ahmad Marzuk Shaary berkata adalah tidak wajar mengaitkan perkara tersebut dengan kerajaan.
Kilang, premis khusus jual arak tetap dilarang beroperasi ketika 'total lockdown' - KPDNHEP
Hanya kilang arak dan premis yang khusus menjual arak tidak dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Penuh.