Saya masih ingat kali pertama berjumpa dengan manusia penuh budi bernama Abdul Aziz Abu Bakar.
Ketika itu musim sejuk baru bermula dan pertemuan di salah sebuah rumah inap di Istanbul menjadi pertemuan bersejarah antara kami berdua.
Salji nipis yang mula turun bagai meraikan pertemuan itu menjadi antara usaha awal Majlis Perundingan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama Malaysia Life Line for Syria untuk membantu pelarian Syria yang hidup dalam krisis sejak 2011 melalui misi Rescue Syria.
Orangnya hitam manis, tetapi murah dengan senyuman.
Baru pertama kali bertemu, pelbagai inspirasi dikongsikan.
“Kalau takda pasukan yang nak kerjasama, kita gerak dulu!”
Inilah ungkapan yang paling melekat dalam ingatan sejak pertama kali bertemu seorang aktivis kemanusiaan yang sangat merendah diri ini.
Dalam kedinginan musim sejuk yang baru bermula, banyak perkara sempat dikongsikan bersama bapa kepada empat orang anak ini.
Antara yang paling menarik perhatian ialah berkaitan kenapa beliau mahu menjalankan kerja-kerja bantuan kemanusiaan ini?
“Saya mulakan misi kemanusiaan sejak saya bekerja di sebuah syarikat korporat di Seri Kembangan beberapa tahun lalu.
“Ketika itu, saya fikirkan telah tiba masanya rakyat Malaysia melakukan sesuatu untuk membantu saudara Islam kita yang menderita.
“Saya mulakan dengan misi bantuan kepada rakyat Palestin memandangkan isu Palestin-Israel amat dekat di hati rakyat Malaysia.
“Bagi saya, kita semua mahu membantu, tetapi tiada jalan yang sesuai untuk kita gerakkan, maka saya pun memulakannya melalui Majlis Perundingan Islam Malaysia,” kongsi beliau ketika kami bersama-sama cuba memanaskan badan dalam gelap malam yang dingin.
Jelas beliau, biarpun belum ada pasukan yang cukup ramai untuk digerakkan bagi mengumpulkan dana secukupnya, usaha itu boleh digerakkan dengan sekecil-kecil usaha.
“Senang cakap tak payah tunggu kita bersedia, apa yang penting, mulakan dahulu dari mana kita mampu,” tambahnya lagi sambil menggosok tangan.
Pada 14 Oktober lalu, saya dikejutkan dengan berita pemergian beliau semasa menjalani rutin dialisis di sebuah pusat perubatan di Kajang.
Haji Abdul Aziz dilaporkan tidak sedarkan diri secara tiba-tiba sebelum dirujuk ke hospital dan disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.
Pemergian beliau sememangnya amat dirasai bagi komuniti yang menggerakkan misi kemanusiaan.
Banyak orang muda telah menjadikannya inspirasi selepas beliau berjaya menggerakkan usaha membantu umat Islam di seluruh dunia terutamanya dalam krisis kemanusiaan di Palestin dan juga Syria.
Bagi Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM, (Dr) Ahmad Sani Araby Al-Kahery, pemergian Haji Abdul Aziz amat memeritkan.
“Saya telah hilang sayap utama dalam misi kemanusiaan.
“Haji Abdul Aziz selalu bagi kepercayaan untuk saya pimpin misi kemanusiaan ini.
“Beliau selalu yakin dan pertahankan idea yang saya cadangkan, kehilangan beliau amat memberikan kesan kepada saya,” katanya ketika ditemui di perkarangan rumah Haji Abdul Aziz.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Segambut, Kuala Lumpur pada 6:35 petang Selasa.
Beliau pernah menerima Anugerah Tokoh Aktivis Masyarakat Negeri Selangor daripada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena sambutan Maal Hijrah peringkat negeri tahun lalu.
Hilal Azmi
Tue Oct 15 2019
Haji Abdul Aziz tidak pernah kekok untuk menyantuni anak-anak pelarian. - Foto Astro AWANI / Hilal Azmi
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
'Tanpa pinjaman Lee Beauty Saloon, Mi Kolok Hj Salleh, Syarikat Surjit Kaur hanya mampu bertahan sebulan'
Presiden MATA Datuk Abdul Aziz Abu Bakar berkata berdasarkan anggaran beliau, ketiga-tiga syarikat itu masih sukar untuk kekal bertahan jika PKP dilanjutkan lagi.
'Kalau tak ada pasukan, kita gerak dulu' - Haji Abdul Aziz
Baru pertama kali bertemu, pelbagai inspirasi dikongsikan.
Pelaksanaan cukai ke atas minuman bergula dapat kurangkan kos perubatan - MATA
Beliau berkata duti eksais sedia ada yang dikenakan ke atas rokok, arak dan sebagainya bertujuan mengelak rakyat daripada menghadapi masalah kesihatan.