awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Kalau Tun Mahathir betul-betul Melayu, datanglah" - Jamal Md Yunus

Israr Khalid
Israr Khalid
11/09/2015
11:19 MYT
"Kalau Tun Mahathir betul-betul Melayu, datanglah" - Jamal Md Yunus
Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Malaysia, Datuk Jamal Md Yunus menegaskan, Dr Mahathir (gambar) perlu hadir sekiranya beliau merasakan dirinya benar-benar Melayu. - Gambar Fail
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dicabar untuk hadir menyertai Perhimpunan Melayu Bersatu di Padang Merbok 16 September ini.
Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Malaysia, Datuk Jamal Md Yunus menegaskan, Dr Mahathir perlu hadir sekiranya beliau merasakan dirinya benar-benar Melayu.
"Selepas beliau (Dr Mahathir) bertaubat dan sudah mendapat seru, atau mungkin pada malam sebelumnya beliau sedar dan menerima hakikat bahawa Perdana Menteri ketika ini adalah Datuk Seri Najib Tun Razak, saya akan mengalu-alukan kehadirannya.
"Saya akan cuba sedaya upaya untuk berdiri di sebelah beliau dan berbisik kepadanya supaya bermuhasabah diri," katanya ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Pada masa sama, Jamal yang juga Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar turut mengalu-alukan penyertaan bukan Melayu dalam perhimpunan yang diadakan pada sambutan Hari Malaysia itu.
"Walaupun ini perhimpunan orang Melayu, bangsa lain yang bersama kami menyokong pemerintahan kerajaan ketika ini dipersilakan hadir," katanya.
Beliau juga mengulangi pendiriannya bahawa Tun Mahathir tidak layak untuk meneruskan desakan supaya Datuk Seri Najib Tun Razak berundur dari memegang jawatan Perdana Menteri.
"Beliau tidak ada sedikit kelayakan pun. Dia hanya ahli UMNO biasa. Kelayakan hanya pada rakyat dan ahli UMNO dan ianya boleh ditentukan dalam Pilihan Raya Umum (PRU).
"Ketika ini, pemimpin UMNO dan ahlinya semua sebulat suara menyatakan sokongan terhadap Datuk Seri Najib. Daripada 191 bahagian yang ada, hampir kesemuanya sokong Perdana Menteri tanpa berbelah bahagi," ujarnya.
Tun Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali menghadiri perhimpunan Bersih 4 pada kedua-dua hari Sabtu dan Ahad perhimpunan itu berlangsung, akhir bulan lepas.
Topic Berkaitan
#Bersih
#Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Malaysia
#Jamal Md Yunus
#Perhimpunan Melayu Bersatu
#Tun Dr Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan