Tutup

Kami cuba bantu dengan campakkan pelampung, tetapi... - Rakan mangsa hilang di Pantai Teluk Bidara

Kami cuba bantu dengan campakkan pelampung, tetapi... - Rakan mangsa hilang di Pantai Teluk Bidara
Mohamad Irfan Kamaruzaman berkata kejadian yang berlaku itu sangat pantas tidak sampai satu minit kelibat mereka sudah tidak kelihatan.
DUNGUN: Lambaian dan suara meminta tolong menjadi kenangan terakhir sebelum empat rakannya hilang dipukul ombak di Pantai Tanjung Bidara di sini, pada Jumaat.

Berkongsi detik cemas itu Mohamad Irfan Kamaruzaman berkata kejadian yang berlaku itu sangat pantas dan tidak sampai satu minit kelibat rakan-rakannya sudah tidak kelihatan.
Pada mulanya dia dan lima lagi rakannya berkunjung ke Pantai Teluk Bidara itu kira-kira jam enam petang untuk berlari di tepi pantai sebelum mengambil kerputusan untuk mandi di pantai itu.

Suasana gembira bertukar cemas apabila sebahagian rakannya tiba-tiba hilang dibawa ombak.
Katanya lagi, suara rakannya meminta tolong masih tergiang-giang di telinganya dan kenangan ketika mandi itu juga masih segar di ingatannya.

Suasana gembira bertukar cemas apabila sebahagian rakannya tiba-tiba hilang dibawa ombak. - Foto Astro AWANI

Mohamad Ifran berkata sahabatnya itu terkapai-kapai meminta tolong dan mereka berusaha membantu dengan mencampak pelampung.

“Seorang itu panggil nama saya, seorang lagi menjerit meminta tolong. Kita orang tidak pandai berenang, jadi tidak boleh buat apa-apa. Ada itu kami minta pelampung dan baling pelampung tetapi dia (mangsa) tidak sampai hendak ambil pelampung,” katanya ketika ditemui di lokasi pencarian, di sini pada Sabtu.

Pada Jumaat kegembiraan enam pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun bertukar tragedi. - Foto Astro AWANI

Pada Jumaat kegembiraan enam pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun bertukar tragedi selepas empat daripada mereka hilang, dikhuatiri lemas.



Tag: hilang, pelajar, lemas, mangsa, Terengganu, Teluk Bidara, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.