awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kampung Baru: 90 peratus penduduk yang serah borang setuju dengan tawaran kerajaan

Bernama
Bernama
01/10/2019
22:45 MYT
Kampung Baru: 90 peratus penduduk yang serah borang setuju dengan tawaran kerajaan
KHALID: Kampung Baru terbuka kepada sesiapa, siapa sekalipun boleh buat tawaran bukan sekadar kementerian dan kerajaan. - Gambar fail
Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad berkata Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) telah menerima kira-kira 700 hingga 800 borang daripada penduduk Kampung Baru berhubung pembangunan semula kawasan itu.
Beliau berkata daripada jumlah borang itu, kira-kira 90 peratus pemilik tanah bersetuju dengan tawaran RM850 bagi setiap satu kaki persegi oleh kerajaan.
"Setakat ini, kita dimaklumkan telah ada 700 hingga 800 borang yang dikembalikan kepada pihak PKB dan daripada jumlah itu, lebih 90 peratus setuju dengan tawaran yang dikemukakan kerajaan," katanya dalam program Ruang Bicara Bernama News Channel (BNC), malam tadi.
Mengenai terdapat pihak yang meletakkan kadar sehingga RM2,000 bagi setiap satu kaki persegi di kawasan itu, Khalid menegaskan kadar yang telah ditawarkan kerajaan adalah berpandukan kepada penilaian yang ditentukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.
"Ia merupakan harga yang berdasarkan penilaian profesional.
"Kampung Baru terbuka kepada sesiapa, siapa sekalipun boleh buat tawaran bukan sekadar kementerian dan kerajaan, mana-mana pihak yang rasa harga tanah RM2,000 (bagi setiap satu kaki persegi) dan ada kemampuan dia boleh beli, tidak ada siapa yang halang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#borang
#harga tanah
#Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta
#Kampung Baru
#kerajaan
#Khalid Abdul Samad
#pembangunan semula
#Penduduk
#penilaian profesional
#Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu
#PKB
#tawaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan