Kampung Budaya Sarawak (SGV) yang dikenali sebagai 'Muzium Hidup', yang terletak di kaki bukit Gunung Santubong, kira-kira 35km dari sini menawarkan cara terbaik bagi menerokai negeri Sarawak di kepulauan Borneo ini dalam masa sehari.
Sarawak yang dikenali sebagai Bumi Kenyalang, merupakan negeri terbesar di Malaysia, meliputi kawasan seluas 124,000 km persegi di barat laut Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia, menjadikannya mustahil bagi seseorang untuk menimba pengalaman menarik yang ditawarkan dalam tempoh yang singkat.
Dengan konsep asas untuk melihat Sarawak dalam masa sehari, dan diringkaskan kepada hanya lingkungan tujuh hektar, SCV ditubuhkan dalam tahun 80an, membuka tujuh rumah kepada pengunjung dan tujuh kebudayaan etnik, selain beberapa rumah panjang Borneo yang terkenal.
Putera Charles dan isteri baginda, Camilla dijangka berkunjung ke sini, 'kawasan yang mesti dilawati', pada Isnin, untuk mendapat pengalaman secara langsung perpaduan masyarakat berbilang etnik yang unik, hidup dalam suasana harmoni, atau pada asasnya untuk kepelbagaian etnik Sarawak, secara sekilas pandang.
Jurucakap SCV ketika dihubungi berkata semua persiapan siap disusun bagi mengalu-alukan lawatan sulung pasangan diraja itu, bagi memastikan lawatan itu menjadi satu majlis yang tidak dapat dilupakan, bukan sahaja untuk pasangan diraja itu tetapi juga untuk SCV.
Beliau berkata pewaris takhta Britain itu dijangka meneroka beberapa rumah tradisional seperti 'Rumah Iban" dan "Rumah Melanau", dan juga terlibat dalam sesi dialog ringkas dengan beberapa golongan belia pelbagai etnik.
Katanya SCV akan cuba memasukkan pelbagai unsur kebudayaan kumpulan etnik Sarawak dalam setiap persembahannya, mulai daripada upacara sambutan sebaik ketibaan pasangan itu sehingga kepada atur acara lawatan ke model rumah-rumah tradisional, dan sehingga mereka berangkat pulang.
Beliau berkata SCV menempatkan tujuh rumah tradisional, selain beberapa tarikan seperti Rumah Muzik Hutan Hujan, Persada Alam di kawasan air terjun, Jejak Alam Semula jadi dan juga teater di mana para penari dan pemuzik akan mempersembahkan persembahan kebudayaan mereka yang terkenal.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 05 2017
Putera Charles dan isteri baginda, Camilla dijangka berkunjung ke sini, 'kawasan yang mesti dilawati', pada Isnin, untuk mendapat pengalaman secara langsung perpaduan masyarakat berbilang etnik yang unik. - Bernama
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
SPICS: Fadillah puji pencapaian barisan pesilat Bumi Kenyalang
Prestasi cemerlang kem Sarawak dalam Kejohanan Silat Antarabangsa Premier Sarawak 2023 (SPICS) yang telah memasuki hari keempat menarik perhatian Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
STB dan Malaysia Aviation Group jalin kerjasama dalam Sia Sitok Sarawak Plus
Pemeteraian MoU antara kedua pihak dapat melonjakkan kembali industri pelancongan di Bumi Kenyalang khasnya sebagai destinasi pilihan.
PRN Sarawak: Pecutan akhir untuk tawan kerusi hangat
Berbekal sehari sahaja lagi kempen, beberapa gelanggang bagi perebutan kerusi sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar kini menjadi faktor penentu kepada keputusan akhir antara GPS, DAP dan PBS.
Sarawak negeri terawal terima pelaksanaan 5G tahun hadapan - Annuar
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata ia antara lain disebabkan faktor kedudukan strategik Bumi Kenyalang itu dari aspek geopolitik dan kesalinghubungan.
Tiga kes jangkitan tempatan COVID-19 terbaharu di Sarawak
Sarawak hari ini mencatatkan tiga kes terbaharu positif COVID-19 menjadikan jumlah kes positif di negeri itu setakat ini meningkat kepada 583 kes.
Hari Sarawak disambut secara maya
Hari Sarawak yang disambut pada 22 Julai setiap tahun sejak 57 tahun lalu bakal diadakan secara maya tahun ini.
Sektor pelancongan Sarawak dijangka pulih suku kedua 2021
Sektor pelancongan Sarawak dijangka pulih pada suku kedua tahun hadapan.
Aplikasi Sarawak Travel: Terokai Sarawak di hujung jari
Bagi anda yang merancang untuk berkunjung ke negeri Bumi Kenyalang, perjalanan anda nanti pasti lebih mudah dengan adanya aplikasi Sarawak Travel.
Pusat Hidupan Liar Semenggoh terima Anugerah Pelancongan Cemerlang Dunia 2020
Anugerah yang akan diterima Sarawak Forestry Corporation (SFC) di Berlin, Jerman Mac ini membuktikan dunia mengiktiraf usaha Sarawak melihara dan memulihara alam sekitarnya.
Cucu Rajah Brooke 'jatuh cinta' dengan Sarawak
Sebelum ini, hanya tahu tentang Sarawak daripada penceritaan neneknya, Sylvia Brooke iaitu isteri kepada Rajah Putih Sarawak terakhir Charles Brooke.