awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak 2 tahun mati dipercayai didera, polis tahan ibu dan anak

Astro Awani
Astro Awani
09/07/2017
10:45 MYT
Kanak-kanak 2 tahun mati dipercayai didera, polis tahan ibu dan anak
Suspek ditahan polis untuk membantu siasatan. - Astro AWANI
Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui mati dengan beberapa kesan lebam di badan dan kepala di bilik sewa keluarganya di Jalan Ros di Segamat pagi tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat berkata, ibu mangsa berusia dalam lingkungan 40-an dan anak lelakinya, 22, yang berstatus lembam ditahan bagi membantu siasatan.
Mereka ditahan sejurus membuat laporan polis berhubung kematian kanak-kanak itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, kira-kira jam 6 pagi tadi.
Siasatan awal polis mendapati kanak-kanak perempuan itu ditemui tidak sedarkan diri oleh ibunya di bilik sewa tingkat tiga premis rumah kedai kira-kira jam 1 pagi tadi.
Kanak-kanak malang itu dibawa ke wad kecemasan Hospital Segamat namun dipercayai meninggal dunia sebelum sempat diberi rawatan.
Topic Berkaitan
#dera
#Kanak-kanak
#mangsa
#mati
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan