Satu lagi kematian direkodkan berkaitan rabies encephalitis, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pagi tadi.
Mangsa merupakan seorang kanak-kanak lelaki berumur 5 tahun dari Kampung Mambong, Jalan Penrissen, di sini.
"Kanak-kanak tersebut meninggal dunia pada 2 November 2019 semasa menjalani rawatan rapi di Hospital Umum Sarawak (HUS).
"Sampel untuk ujian rabies yang dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah disahkan positif rabies pada 6 November 2019.
Dr Noor Hisham berkata kanak-kanak tersebut kelihatan tidak aktif sejak 13 Oktober 2019 dan mengadu sakit tekak.
"Pada 15 Oktober, dia mengalami demam dan berkelakuan luar daripada kebiasaan lalu dibawa ke klinik swasta untuk pemeriksaan.
"Keadaannya bertambah teruk dan dibawa pula ke Klinik Kesihatan pada 18 Oktober sebelum dirawat sebagai pesakit luar dengan didiagnosis (menghidap) Upper Respiratory Tract Infection (URTI).
Pada 21 Oktober, katanya, mangsa dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak apabila keadaannya semakin lemah.
Keluarga mendiang mempunyai dua ekor anjing peliharaan di rumah dan kedua-duanya tidak pernah mendapat vaksinasi antirabies dan bebas bergaul dengan anjing liar. Namun begitu, kedua-dua anjing ini masih hidup dan sihat.
Mangsa, kata Dr Noor Hisham, tidak pernah mengadu digigit anjing atau haiwan lain.
Kes rabies terbaru ini telah dimaklumkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak untuk tindakan lanjut.
Dengan pengesahan kes ini, kes disahkan rabies dalam kalangan manusia di Sarawak semenjak pengisytiharan wabak rabies pada 1 Julai 2017 sehingga 6 November 2019 adalah 22 kes termasuk 21 kematian. Enam daripadanya berlaku pada tahun ini.
Ibu bapa diminta untuk menasihatkan anak-anak mereka supaya berwaspada dan segera memaklumkan sekiranya digigit atau dicakar atau luka dijilat oleh anjing, sama ada anjing liar atau anjing milik sendiri.
Ini kerana Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak pernah melaporkan bahawa bagi setiap lima ekor anjing di Sarawak, dua daripadanya adalah positif virus rabies.
Rudi Affendi Khalik
Fri Nov 08 2019
Mangsa merupakan seorang kanak-kanak lelaki berumur 5 tahun dari Kampung Mambong. -Gambar hiasan
AWANI Ringkas: SPRM sahkan Tun M antara disiasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CEO Microsoft Satya Nadella dijadual lawat Malaysia pada 2 Mei
Lawatan ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
MBPP mandulkan 6,046 anjing liar di Pulau Pinang
Selain TNR, Kerajaan Pulau Pinang juga mengamalkan polisi tidak memusnahkan anjing liar yang ditangkap melainkan ia sakit tenat.
Isu anjing liar: Tengku Permaisuri Selangor kecewa pendekatan ‘catch and kill’
Tengku Norashikin bertitah,banyak lagi kaedah lain yang boleh digunapakai untuk membendung masalah tersebut, termasuk pemandulan (neuter).
Anjing liar terus ancam keselamatan penduduk
Lebih merisaukan lagi apabila anjing berkenaan didakwa mula bertindak ganas dengan mengejar individu yang melalui kawasan tersebut.
Kes halang MBPJ tangkap anjing liar: Warga emas kemuka representasi
Seorang lelaki warga emas akan mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan menghalang penjawat awam dalam operasi penangkapan anjing liar oleh MBPJ.
Lelaki ditahan disyaki tembak anjing liar guna senapang patah
Seorang lelaki ditahan disyaki menembak anjing liar menggunakan senapang patah di Pantai, dekat Seremban semalam.
10 kes rabies babit haiwan direkodkan di Sarawak minggu ini
Sarawak merekodkan 10 kes rabies melibatkan haiwan minggu ini, menurut Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri Dr Adrian Susin Ambud.
Wanita mengandung enam bulan maut langgar anjing
Wanita mengandung enam bulan maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar seekor anjing di Jalan Keru- Batu Belang, di sini pada Khamis.
Rabies di Sarawak meningkat - Stephen Rundi
Kes-kes rabies yang menjangkiti haiwan dan manusia mencatatkan peningkatan di Sarawak, dengan Kampung Narum di Marudi diisytihar sebagai kawasan terbaharu jangkitan rabies selepas seekor anjing liar.
Budak 4 tahun cedera digigit kumpulan anjing liar
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera selepas diserang sekumpulan anjing liar dalam kejadian di kawasan lapang Jalan Mampakad Laut, di Pitas pada Rabu.
Kematian warga emas semasa operasi anjing liar diklasifikasikan mati mengejut
Punca kematian lelaki itu adalah respiratory arrest secondary to acute exacerbation of chronic obstructive pulmonary disease.