announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Kanak-kanak 8 tahun ditemui mati terjerut kain tuala

Kanak-kanak 8 tahun ditemui mati terjerut kain tuala
Polis mengangkat jenazah kanak-kanak yang ditemui mati selepas dipercayai terjerut kain tuala dalam kejadian di Kuala Nal, di sini malam tadi. - Foto Sinar Harian
KUALA KRAI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemui mati selepas dipercayai terjerut kain tuala di dalam kejadian di Kuala Nal, di sini malam tadi.

Difahamkan, kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.30 malam itu disedari oleh ahli keluarga selepas mangsa ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa di dalam biliknya.

Lebih memilukan kanak-kanak itu dikatakan meninggal dunia pada malam ulang tahun kelahirannya.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintenden Suzaimi Mohammad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

"Kita terima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.30 malam tadi," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, siasatan lanjut berhubung kes berkenaan sedang giat dijalankan untuk mengenal pasti sama ada kes ini diklasifikasikan sebagai jenayah atau mati mengejut.

Katanya, jenazah mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra untuk bedah siasat.


Tag: Hospital, Kuala Krai, polis, jenayah, meninggal dunia, Kanak-kanak, mangsa, mati, siasatan, jenazah, lelaki, keluarga, terjerut tuala, bayi meninggal dunia



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.