awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak cedera tersepit eskalator di pusat membeli-belah

Bernama
Bernama
12/10/2014
08:35 MYT
Kanak-kanak cedera tersepit eskalator di pusat membeli-belah
Ketika kejadian kira-kira 12.15 tengah hari tadi, kanak-kanak berusia 10 tahun itu bersama keluarganya sedang menaiki eskalator ke tingkat atas pusat membeli belah itu.
Seorang kanak-kanak lelaki cedera tiga jari kaki kanannya apabila kasut yang dipakainya tersepit di eskalator di sebuah pusat beli belah terkenal di sini, hari ini.
Ketika kejadian kira-kira 12.15 tengah hari tadi, kanak-kanak berusia 10 tahun itu bersama keluarganya sedang menaiki eskalator ke tingkat atas pusat membeli belah itu.
Pegawai Bomba Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu Arshad Mail berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 12.32 tengah hari dan tiba empat minit kemudian bersama sebuah jentera dan unit Perkhidmatan Respons Perubatan Kecemasan (EMRS) dengan lapan anggota.
"Sebaik tiba di lokasi, kaki kanak-kanak tersebut telah berjaya dikeluarkan pengawal keselamatan pusat beli-belah berkenaan dan bomba kemudian memberikan rawatan kecemasan awal kepada mangsa," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila kasut jenis kanvas yang dipakai kanak-kanak berkenaan tersepit di tepi eskalator berkenaan sebelum menarik bersama tiga jari kaki kanannya.
Katanya kanak-kanak tersebut kemudian dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.
Topic Berkaitan
#bomba
#Hospital
#keselamatan
#tersepit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan