Seorang kanak-kanak berusia dua tahun lima bulan dari Kampung Pangtray, Daro, Mukah di Sarawak meninggal dunia hari ini dipercayai akibat dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata mangsa mula mengalami demam pada Selasa lalu dan menunjukkan tanda-tanda seperti ruam di tapak tangan dan kaki serta ulser dalam mulut pada keesokkan harinya.
Beliau berkata kanak-kanak tersebut, yang dikenali sebagai Farhan Lukman Abdullah, dibawa ke Klinik Kesihatan Daro pada hari berikutnya sebelum dirujuk ke Hospital Daro malam tadi.
Bagaimanapun, keadaan mangsa tidak stabil sebelum dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut sebelum meninggal dunia pada jam 2.08 pagi ini, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata kematian kanak-kanak itu disebabkan oleh jangkitan paru-paru yang teruk dengan jangkitan HFMD dan sampel klinikal diambil untuk ujian pengesahan bagi mengetahui penyebab kematian.
Justeru, beliau menasihatkan orang ramai yang mempunyai anak-anak kecil mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan risiko daripada dijangkiti penyakit berkenaan. -- Bernama
Bernama
Sat Jul 28 2018
Farhan Lukman mula mengalami demam pada Selasa lalu dan menunjukkan tanda-tanda seperti ruam di tapak tangan dan kaki serta ulser dalam mulut pada keesokkan harinya. - Foto ihsan keluarga
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
5,335 kes HFMD dilaporkan di Pulau Pinang
Sebanyak 5,335 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Pulau Pinang direkodkan sejak awal tahun ini hingga minggu epidemiologi (ME) 36/2023 pada 9 Sept.
45 murid dijangkiti HFMD, Perak ambil langkah kawalan - Exco
Sejumlah 45 murid di beberapa daerah negeri ini antaranya Kinta Utara, Kinta Selatan, Larut, Matang dan Selama, Muallim dan Kerian dikesan menghidap penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
HFMD di Johor meningkat 1.3 kali ganda kepada 320 kes
Jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Johor dilaporkan meningkat 1.3 kali ganda kepada 320 kes pada Minggu Epidemiologi ke-22 (ME22) iaitu bagi tempoh 28 Mei hingga Sabtu lepas.
Bilangan kes HFMD melepasi paras amaran kebangsaan
Selangor menyumbang kes tertinggi, diikuti Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Johor dan Sarawak.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kes HFMD dan wabak jangkitan salur pernafasan di Johor meningkat
Kes kumulatif bagi penyakit tangan, kaki dan Mulut (HFMD), serta wabak jangkitan saluran pernafasan di negeri Johor meningkat.
HFMD: Johor catat 8,376 kes setakat semalam
Sebanyak 8,376 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di Johor sejak 1 Jan lepas hingga semalam, peningkatan sebanyak 79 kali ganda berbanding 106 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Kes ILI, URTI, dan HFMD meningkat di Johor - Exco Kesihatan
Sebanyak 952 kes jangkitan saluran pernafasan dilaporkan sehingga minggu epid pada 25/2022, iaitu peningkatan sebanyak 70.9 peratus.
Johor rekod 6,987 kes HFMD tahun ini sehingga semalam
Kebanyakan kes HFMD berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur 0 hingga enam tahun iaitu sebanyak 6,048 kes (86.6 peratus).
HFMD: Kes menurun tapi kekalkan langkah pencegahan - Dr Noor Hisham
Angka itu menunjukkan penurunan sebanyak 22.9 peratus berbanding ME ke-22, 2022 iaitu 16,954 kes.