Seorang kanak-kanak yang dilaporkan hilang ketika berada di bawah jagaan sebuah tadika di Presint 3, di sini, ditemui selamat selepas tertidur dalam sebuah bas sekolah di Cheras pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hassan berkata, kehilangan kanak-kanak lelaki berusia empat tahun itu disedari pihak tadika selepas ibu mangsa berusia 40 tahun memberitahu bahawa anaknya tidak ditemui di tadika berkenaan.
"Kira-kira pukul 4.50 petang, ibu mangsa yang bekerja sebagai pembantu tadbir telah pergi ke tadika untuk menjemput anaknya balik tetapi mendapati kanak-kanak itu tidak ada di tadika tersebut.
"Kami dimaklumkan bahawa, kanak-kanak itu dibawa oleh pihak tadika ke Padang Agrobank, Bangi untuk menyertai raptai hari sukan tadika. Pihak tadika telah membuat pemeriksaan di sekitar tadika namun kanak kanak tersebut tidak dijumpai," katanya ketika dihubungi.
Beliau menambah, susulan kejadian itu, pihaknya menjalankan temubual dengan kesemua guru tadika bagi membantu siasatan.
"Hasil siasatan mendapati, kanak- kanak tersebut terlibat dalam raptai hari sukan bersama 87 orang kanak kanak lain di Pusat Latihan Agrobank Bangi. Kesemua pelajar terbabit menaiki tiga buah bas sekolah yang disewa dengan diiringi 11 orang guru.
Bas yang dinaiki kanak-kanak tersebut diiringi oleh tiga guru. Hasil temubual juga mendapati guru pengiring ada membuat semakan pelajar sebelum balik selain membuat pemeriksaan di kawasan raptai dan dapati jumlah pelajar cukup 87 orang," katanya.
Katanya, guru pengiring juga membuat kiraan jumlah pelajar dalam bas semasa perjalanan balik dan mendapati jumlah pelajar cukup. Bagaimanapun, setelah tiba di tadika, guru berkenaan tidak mengira mengenai jumlah pelajar yang keluar dari bas.
"Kesemua pelajar kemudian diarahkan masuk ke dalam kelas masing masing. Kira-kira pukul 3.20 petang, seorang guru baru menyedari pelajar tersebut tiada dalam kelas tetapi beg sekolah dan tilam pelajar itu masih berada dalam kelas.
"Guru kelas mulanya menyangka pelajar itu dijemput oleh ibu bapanya sebelum mengetahui bahawa kanak-kanak itu tiada di tadika. Justeru, pihak tadika mencari di seluruh kawasan tadika namun pelajar tersebut tidak dijumpai," katanya.
Beliau berkata, susulan itu, pada pukul 7.05 malam, pemilik tadika telah menghubungi pemandu bas untuk membuat pemeriksaan dalam bas dan mendapati kanak-kanak itu tertidur di kerusi bas," katanya sambil menambah laporan bahawa kanak-kanak itu telah ditemui semula akan dibuat oleh pengadu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 17 2019
Kehilangan seorang kanak-kanak di Putrajaya petang tadi akhirnya terjawab apabila ditemui dalam bas.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
Ops Hari Raya: 42 bas dilarang beroperasi
Sebanyak 42 bas dikenakan Notis Larangan Penggunaan Kenderaan atas pelbagai kesalahan peraturan teknikal menerusi Ops Hari Raya Aidilfitri 2024.
Kemalangan di lebuh raya ragut 12 nyawa di Jawa Barat
Sekurang-kurangnya 12 orang maut dalam nahas di sebuah lebuh raya di Karawang, Jawa Barat pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan hari ini.
Aidilfitri: Johor sedia 23 bas bawa pulang mahasiswa dari 11 IPT
Kerajaan negeri memperuntukkan RM100,000 menerusi inisiatif Program Jom Balik Raya Bas Percuma Mahasiswa Johor bermula 29 Mac hingga semalam.
32 maut, 60 cedera dalam nahas jalan raya di Mesir
Sekurang-kurangnya 32 maut manakala 60 lagi cedera dalam nahas jalan raya melibatkan beberapa kenderaan termasuk sebuah bas, di Cairo-Alexandria Mesir pada Sabtu.
Pemandu maut, bas rempuh belakang lori
Seorang pemandu maut selepas bas dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah lori di KM220.7 Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) arah utara di sini awal pagi ini.
Penduduk UK terkejut kuda cuba naik bas
Kuda itu dilihat dibantu oleh dua lelaki memakai jaket kuning untuk memanjat tangga kenderaan awam tersebut.
PRN: Pas minta SPR sedia bas bantu pengundi luar balik mengundi
SPR diminta menyediakan perkhidmatan bas bagi membolehkan pengundi luar pulang mengundi semasa pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.
Sekurang-kurangnya 25 maut kebakaran bas
Sekurang-kurangnya 25 orang maut manakala lapan lagi penumpang cedera apabila sebuah bas yang dinaiki terbakar di barat India awal Sabtu.
Dua kanak-kanak maut dirempuh bas di pusat jagaan
Kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi ketika orang ramai sedang menghantar anak-anak mereka ke pusat jagaan tersebut.
Prasarana belanja RM2.8 bilion tambah baik tren, bas
Prasarana Malaysia Bhd akan membelanjakan sejumlah RM2.8 bilion untuk alat gantian tren dan menambah bilangan tren serta bas.