Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun lemas selepas terjatuh ke dalam kolam hiasan di sebuah rumah di Kampung Labu Kubong, Kuala Kangsar dekat sini, petang Ahad.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Razali Ibrahim berkata mangsa Muhammad Aqil Irfan Muhammad Haffiez disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh pada pukul 1 pagi Isnin selepas dirujuk oleh Hospital Kuala Kangsar.
"Mangsa pergi ke majlis Aidilfitri di rumah itu bersama ibunya yang berumur 38 tahun pada pukul 10 pagi semalam dan pada kira-kira pukul 2.45 petang, salah seorang saudara mangsa menjerit meminta tolong apabila melihat Muhammad Aqil Irfan dalam keadaan tertiarap di dalam kolam itu," katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.
Razali berkata ketika kejadian ibu mangsa berada di dalam rumah, manakala mangsa berada di luar untuk bermain dengan saudara mara yang lain tanpa pengawasan.
"Kebanyakan kanak-kanak bermain di luar rumah manakala ibu bapa mereka berada di dalam rumah ketika kejadian malah tiada orang yang menjaga mangsa atau melihat mangsa bermain di kolam buatan milik tuan rumah berkedalaman dua kaki untuk membela ikan," katanya.
Menurut Razali mangsa yang disahkan meninggal dunia akibat kecederaan otak yang teruk selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Pulau, Padang Rengas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 02 2019
Mangsa yang terjatuh ke dalam kolam ikan hiasan itu disahkan meninggal dunia akibat kecederaan otak yang teruk. - Gambar hiasan
Nestle nafi tambah gula dalam produk makanan bayi di negara pendapatan rendah
Pengeluar makanan Switzerland, Nestle pada Khamis menolak tuduhan sebuah NGO bahawa ia menambah gula kepada produk di negara membangun dan tanpa gula di pasaran Eropah.
MUDA dan PSM umum tidak bertanding
Parti Muda dan PSM umum tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan.
18 negara tuntut pembebasan warga ditahan Hamas
Pemimpin 18 negara menuntut agar Hamas membebaskan tahanan yang berada dalam jagaan mereka yang kini telah melepasi 200 hari.
Rampasan dadah bernilai RM10.1 juta dari Januari hingga Mac
Polis Kuala Lumpur rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.1 juta sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.
SPR lakukan persiapan akhir
SPR giat melakukan persiapan akhir bagi memastikan proses penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu esok berjalan lancar.
Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan
Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera.
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
Kanak-kanak dua tahun lemas jatuh kolam di rumah terbuka
Mangsa Muhammad Aqil Irfan Muhammad Haffiez disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh pada pukul 1 pagi Isnin.