awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak dua tahun mati didera teman lelaki ibu

Hilmi Malik
Hilmi Malik
22/08/2020
12:22 MYT
Kanak-kanak dua tahun mati didera teman lelaki ibu
Suspek ditahan pada jam 12.40 tengah hari Sabtu di sekitar Subang Jaya. - Foto ihsan PDRM
Polis telah berjaya menahan seorang suspek lelaki berusia 26 tahun dikatakan terlibat dengan kes dera seorang kanak-kanak lelaki berusia dia tahun sehingga maut.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, suspek ditahan pada jam 12.40 tengah hari Sabtu di sekitar Subang Jaya.
“Pasukan polis telah pergi ke kawasan tersebut dan membuat pengesanan terhadap suspek hampir 30 minit terhadap suspek yang berada dalam sebuah kenderaan,” katanya menerusi satu kenyataan pada Sabtu.
Menurut Ezanee, mangsa ditemui bersama ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai didera di sebuah pangsapuri di Petaling Jaya.
“Maklumat awal, ibu mangsa juga telah meninggalkan mangsa bersama suspek di rumah untuk keluar membeli makanan.
“Sebaik sahaja pulang mangsa dikatakan tidak sedarkan diri dan suspek telah melarikan diri,” katanya lagi.
Mayat mangsa telah dibawa ke Pusat Perubatan Univerisiti Malaya (PPUM) dan dikatakan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
Sementara itu, hasil siasatan polis turut mendapati suspek yang bekerja sebagai pemandu e-hailing itu juga merupakan teman lelaki kepada ibu mangsa.
Kes disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Topic Berkaitan
#dera
#Kanak-kanak
#kanak-kanak dua tahun
#mati didera
#meninggal dunia
#Nik Ezanee Mohd Faisal
#Petaling Jaya
#Pusat Perubatan Univerisiti Malaya
#suspek
#teman lelaki ibu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan