Seorang kanak-kanak lelaki orang kurang upaya (OKU) berusia empat tahun rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Paku, Gual Ipoh di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 11.40 pagi tadi itu, mangsa masih belum dapat dikenal pasti identiti itu ditemui rentung oleh anggota bomba yang bertugas.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Mohd Rafain Mat Zain berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 11.46 pagi.
Katanya, dua buah jentera dari Balai Tanah Merah dan Machang digerakkan ke lokasi kejadian bersama 12 anggota termasuk pegawai.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian bomba mendapati api sedang marak membakar kediaman diperbuat daripada kayu dan batu.
“Rumah berkenaan terbakar 80 peratus dan api dapat dikawal jam 12.30 tengah hari," katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata, jenazah kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat.
Katanya, punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Vivi Sumanti
Fri Sep 27 2019
Rumah berkenaan terbakar 80 peratus. - Foto JBPM
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Kanak-kanak empat tahun rentung dalam kebakaran di Tanah Merah
Seorang kanak-kanak lelaki orang kurang upaya (OKU) berusia empat tahun rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Paku, Gual Ipoh di sini, pagi tadi.