Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Kanak-kanak enam tahun dikhuatiri lemas di Sungai Perak

Kanak-kanak enam tahun dikhuatiri lemas di Sungai Perak
Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan di kawasan mangsa dilaporkan hilang. -Gambar hiasan
IPOH: Seorang kanak-kanak lelaki berumur enam tahun dikhuatiri lemas ketika mandi-manda bersama keluarga dan rakan di Sungai Perak, berhampiran Kampung Loh Karai, Sungai Siput petang Selasa.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai insiden yang menimpa Mohd Danish Irfan Mohd Baharudin pada 2.06 petang.
Beliau berkata seramai 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput dan Kuala Kangsar dikejarkan ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang turut dibantu anggota polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

"Ketika ini, anggota bomba sedang melakukan operasi pencarian di permukaan sungai di kawasan mangsa dipercayai lemas dan di sekitar tebing sungai," menurutnya dalam satu kenyataan di sini.
-- BERNAMA


Tag: Kuala Kangsar, polis, bomba, Kanak-kanak, lemas, mangsa, operasi, lelaki, keluarga, Malaysia, sungai perak



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.