awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak enam tahun hancur kaki digilis 'forklift'

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
27/06/2018
10:21 MYT
Kanak-kanak enam tahun hancur kaki digilis 'forklift'
Mangsa menerima rawatan awal di Hospital Gua Musang sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Krai. - Astro AWANI/Vivi Sumanti
Seorang kanak-kanak lelaki enam tahun hancur kaki kiri selepas digilis sebuah jentera 'forklift' dalam kejadian di sebuah kilang papan di Kawasan Perindustrian Gua Musang, Kelantan, hari ini.
Mangsa tinggal di kawasan itu bersama bapanya, Mohd Shafawe Omar, 44 tahun yang bekerja di kilang itu.
Dalam kejadian kira-kira ‪jam 9.55 pagi itu, mangsa, yang cedera parah menerima rawatan awal di Hospital Gua Musang sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Krai.
Menurut ibunya, Ruslida Kamarazaman, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa sedang bermain di kawasan kejadian sebelum tiba-tiba digilis jentera yang sedang melakukan kerja di kawasan berkenaan.
Ruslida merupakan ibu tunggal yang kisahnya pernah mendapat liputan media dan tular di media sosial bulan lalu kerana terpaksa tinggal di bekas kandang kambing akibat kesempitan hidup selepas bercerai.
VIDEO: Kandang kambing jadi rumah akibat kemiskinan
Mangsa juga merupakan anak ke enam dari tujuh beradik yang tinggal bersama bapanya selepas bercerai.
“Saya mendapat tahu tengahari tadi, selepas ahli keluarga memaklumkan kepada saya dan saya kemudiannya bergegas ke hospital Gua Musang namun anak saya dipindahkan ke Hospital Kuala Krai, keadaan anak saya stabil namun kecederaannya teruk, ” katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd. Taufik Maidin ketika dihubungi berkata, sehingga kini, pihaknya belum menerima sebarang laporan daripada ibu bapa mangsa.
Topic Berkaitan
#cedera parah
#digilis
#forklift
#hancur kaki
#Hospital Gua Musang
#Hospital Kuala Krai
#jentera
#kadang kambing
#Kanak-kanak
#Mohd Taufik Maidin
#Ruslida Kamarazaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan