Tutup

Kanak-kanak hilang ditemui lemas di Pantai Tanjung Balau

Kanak-kanak hilang ditemui lemas di Pantai Tanjung Balau
Mangsa, Nurul Ain Sajali, 8 tahun, ditemui orang awam kira-kira 100 meter dari tempat dia dilaporkan hilang kurang 24 jam lalu. - Foto ihsan JBPM
KOTA TINGGI: Seorang kanak-kanak perempuan yang hilang ketika bermain air dengan dua beradiknya di kawasan batu berhampiran pantai di Pantai Tanjung Balau, di sini ditemui lemas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, Mohd Fadli Ismail, berkata mangsa, Nurul Ain Sajali, 8 tahun, ditemui orang awam kira-kira 100 meter dari tempat dia dilaporkan hilang kurang 24 jam lalu.

Katanya, mangsa dijumpai jam 4.30 petang tadi.
"Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya dan dibawa ke Hospital Kota Tinggi.

"Operasi ditamatkan pada pukul 5.30 petang," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Dalam kejadian semalam, Nurul Ain dari Kota Masai, Pasir Gudang beriadah dipantai itu bersama ibu bapa dan anggota keluarga yang lain.

Kehilangannya disedari anggota keluarga pada jam 3 petang dan membuat pencarian sendiri sebelum menghubungi talian kecemasan 999 kira-kira jam 5 petang.



Tag: kanak-kanak, hilang, mati lemas, kawasan batu, Pantai Tanjung Balau, Nurul Ain Sajali, Hospital Kota Tinggi, Kota Tinggi


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.