announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Kanak-kanak lelaki tiga tahun meninggal dunia tercekik rambutan

Kanak-kanak lelaki tiga tahun meninggal dunia tercekik rambutan
Muhammad Hakim Amsyar Mohd Kasturi dikatakan telah mengambil sebiji buah rambutan sebelum mengupas dan terus memasukkannya ke dalam mulut.
BALING: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun meninggal dunia selepas dipercayai tercekik rambutan dalam kejadian yang berlaku di Kampung Belakang Masjid, Bukit Selambau pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Baling, Supritendan Syed Basri Syed Ali ketika dihubungi berkata, dalam kejadian sekitar jam 5 petang itu, mangsa, Muhammad Hakim Amsyar Mohd Kasturi telah mengambil sebiji buah rambutan sebelum mengupas dan terus memasukkannya ke dalam mulut.

Ketika kejadian, bapa mangsa bersama ahli keluarga yang lain sedang mengait buah rambutan di depan rumah datuk mereka di Bukit Selambau, di sini.

Namun secara tiba-tiba, mangsa dikatakan terus berlari ke arah bapanya sambil menjerit serta memegang leher.

Bapanya kemudian cuba bertindak dengan menepuk bahagian belakang mangsa tetapi tidak berhasil.

Mangsa kemudian terus dikejarkan ke klinik kesihatan kuala ketil namun telah disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan.

Syed Basri berkata, hasil bedah siasat mendapati tiada kecederaan dan unsur-unsur jenayah pada badan mangsa dan pegawai perubatan di klinik terbabit telah berjaya mengeluarkan sebiji buah rambutan.

Kes diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut (SDR).

BACA JUGA: Kanak-kanak meninggal dunia tercekik gula-gula jeli

BACA JUGA: Kanak-kanak maut tercekik buah mangga



Tag: Kanak-kanak, maut, meninggal dunia, perubatan, mangsa, polis, buah rambutan



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.