awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Guru wanita rugi RM890,000, ditipu sindiket 'phone scam'
BISNES
Jiwa SME 2025: Lebih 3,000 meriahkan Ipoh, Pentagon Math juara ‘Pentas Jual’
MALAYSIA
Bil elektrik lebih terperinci, pecahan caj bantu pelanggan fahami penggunaan tenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Kanak-kanak lima tahun mangsa terbaharu rabies di Sarawak

Bernama
Bernama
30/03/2020
03:22 MYT
Kanak-kanak lima tahun mangsa terbaharu rabies di Sarawak
Menurut Dr Noor Hisham, ini menjadikan jumlah kes rabies kepada 23 sejak penyakit itu diisytiharkan sebagai wabak di negeri ini sejak 31 Julai 2017. - Gambar BERNAMA
Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengesahkan kematian seorang kanak-kanak perempuan berumur lima tahun di Bandar Sibu 26 Mac lepas adalah disebabkan oleh wabak rabies, menjadikannya kes pertama dilaporkan tahun ini di Sarawak.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia juga menjadikan jumlah kes rabies kepada 23 sejak penyakit itu diisytiharkan sebagai wabak di negeri ini sejak 31 Julai 2017.
Kali terakhir kes wabak ini dilaporkan adalah pada 8 November tahun lepas.
Menurutnya, mangsa terbaharu ini digigit anjing liar pada 8 Mac lepas di bahagian muka, mulut serta kelopak mata dan luka gigitan itu tidak dicuci dengan aliran air yang bersih dan sabun sejurus selepas kejadian.
"Beliau kemudiannya telah dibawa untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sibu pada hari yang sama, mendapat suntikan vaksin antitetanus, suntikan rabies Immunoglobulin (RIG) dan dua dos suntikan vaksin antirabies semasa dirawat di Hospital Sibu," katanya dalam satu kenyataan. BACA: Kanak-kanak diserang anjing liar meninggal dunia
Mangsa telah didiscaj dari hospital itu dalam keadaan sihat pada 13 Mac dan diberikan lagi dos ketiga vaksin antirabies tiga hari kemudian.
Noor Hisham berkata, mangsa telah dibawa untuk mendapatkan rawatan di sebuah Klinik Komuniti di Bandar Sibu kerana demam pada 24 Mac dan seterusnya ke Hospital Sibu keesokan harinya kerana sakit tekak dan sukar untuk menelan air serta berhalusinasi.
"Beliau telah dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut. Keadaannya bertambah teruk dan telah disahkan meninggal dunia pada keesokan harinya. Punca kematian adalah 'rabies encephalitis'," katanya.
Sampel daripada kanak-kanak ini telah diambil pada 26 Mac dan disahkan positif rabies oleh Makmal Perubatan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) tiga hari kemudian, sementara anjing liar yang menggigitnya juga dilaporkan telah mati pada 10 Mac tanpa sempat diambil sampelnya.
Berikutan kes terbaharu ini, beliau menasihatkan orang ramai mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan daripada dijangkiti rabies yang termasuk langkah segera jika digigit anjing, pemberian suntikan antirabies dan penjagaan kebersihan dan kesihatan diri dan haiwan peliharaan.
"KKM dan JKN (Jabatan Kesihatan Negeri) Sarawak akan mempertingkatkan lagi kerjasama dengan Kerajaan Negeri Sarawak, Jabatan Perkhidmatan Veterinar serta agensi-agensi lain bagi memastikan langkah-langkah pencegahan dan kawalan jangkitan virus rabies dilaksanakan secara menyeluruh," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bandar Sibu
#gigitan anjing liar
#Kementerian Kesihatan
#Ketua Pengarah Kesihatan
#Noor Hisham Abdullah
#rabies
#Sarawak'
#wabak rabies
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami