awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak mangsa pertama banjir di Pasir Puteh ditemui maut

Bernama
Bernama
02/12/2019
03:09 MYT
Kanak-kanak mangsa pertama banjir di Pasir Puteh ditemui maut
HASANUDDIN: Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk bedah siasat. - Gambar fail
Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun, yang dikhuatiri lemas lewat petang semalam di Felcra Teratak Batu, Pasir Puteh ditemui maut pagi ini.
Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata, pasukan penyelamat menemui mayat Mohammad Ilham Hasmadi, di sebuah bendang kira-kira 400 meter dari tempat mangsa dikatakan terjatuh pukul 8.00 pagi ini.
"Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk bedah siasat," katanya kepada pemberita selepas Program Berkhatan Kanak-kanak Peringkat Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.
Semalam, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dikhuatiri lemas di tali air ketika mengikut bapa saudaranya memasang pukat ikan di Felcra Teratak Batu, Pasir Puteh.
Kejadian pukul 6.30 petang itu, mangsa dikatakan berada di atas titi kayu sebelum tergelincir dan dibawa arus deras.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir kelantan
#bedah siasat
#bendang
#Hasanuddin Hassan
#Hospital Tengku Anis
#jatuh
#Kanak-kanak
#Kelantan
#lemas
#maut
#mayat
#Pasir Puteh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan