awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak maut dikelar ibu kandung

Bernama
Bernama
18/06/2018
00:38 MYT
Kanak-kanak maut dikelar ibu kandung
Suspek yang berusia 31 tahun itu dipercayai mengelar anaknya di bilik tidur rumahnya pada 8.40 malam kerana mengalami halusinasi. - Gambar hiasan
Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun tujuh bulan maut selepas lehernya dikelar ibu kandungnya di Felda Jengka, Maran dekat sini semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, ACP Othman Nayan berkata suspek yang berusia 31 tahun itu dipercayai mengelar anaknya di bilik tidur rumahnya pada 8.40 malam kerana mengalami halusinasi.
"Kejadian disedari oleh bapa mangsa yang mendakwa telah menolak suspek apabila melihat dia mengelar leher mangsa yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik dengan menggunakan pisau.
"Bapa mangsa membawanya ke Hospital Jengka, namun mangsa telah disahkan meninggal dunia menyebabkan pihak hospital memaklumkan kejadian kepada polis," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
BACA: Kelar anak: 'Suspek kerap termenung, dengar bisikan' - Suami
Othman menambah suspek telah ditahan sejurus kejadian untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Katanya, polis telah mengambil keterangan bapa mangsa dan didapati suspek tidak pernah mendapatkan rawatan mental di mana-mana hospital sebelum ini. -- Bernama
Topic Berkaitan
#felda jengka
#halusinasi
#hukuman mati
#ibu kelar anak
#kelar
#meroyan
#rawatan mental
#Sakit Mental
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan