Seorang kanak-kanak kelainan upaya (OKU) hiperaktif dan bisu yang dilaporkan pada Jumaat ditemui lemas kira-kira jam 1.30 pagi Sabtu ketika operasi mencari dan menyelamat dilakukan.

Mayat mangsa, Intan Nur Syiffa Aleya Musliha, 6 tahun, ditemui tersangkut pada akar buluh di Sungai Ketil berhampiran rumahnya, kira-kira 500 meter dari Pusat Kawalan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Ketua Balai Bomba Baling, Penolong Penguasa Mohd Jamil Daud berkata, operasi mencari dan menyelamat yang diteruskan bersama penduduk kampung, memakan masa hampir 12 jam sebelum berjaya menemui mangsa.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Baling untuk tindakan selanjutnya.

Pada Jumaat, mangsa dikhuatiri hilang selepas keluar bermain sejak 9 pagi.

BACA: Kanak-kanak OKU hilang ketika keluar bermain

Dia dikatakan telah keluar bermain di kawasan berdekatan rumahnya di Kampung Lela, Jalan Kuala Pegang, Baling, namun tidak pulang ke rumah beberapa jam kemudian.